Tiga kembar seiras ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan bonda mereka, pelbagai peristiwa berlaku kerana rupa seiras mereka

MEMILIKI wajah yang hampir sama kadang-kadang turut membawa masalah buat tiga jejaka kembar seiras yang kacak ini.

Bukan sahaja kawan-kawan, malah ibu bapa mereka turut mengalami kesukaran untuk mengenal pasti anak sendiri.

Berkongsi pengalaman sebagai kembar tiga kepada mStar, Haikal Ajmal Bukhory memberitahu perkara itu kerap berlaku kerana mereka tidak mempunyai perbezaan yang ketara.

“Sebenarnya kami dapat dibezakan menerusi tahi lalat tapi itu pun perbezaan sikit sangat. Tapi ramai cakap susahlah nak tengok tahi lalat setiap kali nak bezakan kami.

“Macam saya ada tahi lalat dekat bawah telinga tapi Hambal Aismat (kembar No 2) dekat tangan kanan. Iqbal Amzar (kembar sulung) pula tak ada langsung… dia clean,” katanya dalam nada berseloroh.

Dari kiri: Haikal, Hambal dan Iqbal yang berkongsi tarikh lahir sama dengan ibu mereka.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, ibu bapa mereka pernah tersilap memanggil nama mereka terutamanya dari pandangan tepi.

“Kalau dari pandangan tepi parents selalu panggil silap nama. Jadi orang yang kena panggil tu buat tak tahu je sebab bukan nama dia yang disebut.

Parents pernah hampir nak m4rah sebab buat tak tahu je tapi akhirnya semua gelak sebab tersilap panggil. Mereka nak panggil saya tapi rupa-rupanya itu Hambal,” katanya.

Jelas penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, mereka pernah berdepan pengalaman kelakar semasa di fakulti.

“Ada kawan ternampak kami di lokasi berbeza. Banyak kali berlaku. Kalau tiga-tiga dekat tempat lain pada satu masa memang susah nak beza.

“Baru-baru ni saya dekat kantin fakulti (kejuruteraan awam) lepas tu ada orang DM Hambal. Dia kata ada nampak (Hambal) dekat kantin, jadi Hambal pun terkejut.

Tiga kembar ini tidak punya banyak perbezaan selain mempunyai minat sama dalam sukan ping pong dan tenis.

“Hambal mesej saya dan Iqbal sebab kami berdua satu fakulti tanya ada pergi kantin tak? Saya kata ada. Rupanya orang tu nampak saya tapi dia ingat Hambal. Rasa kelakar sebab Hambal waktu tu kat tempat lain (UiTM Puncak Alam),” katanya.

Meskipun mempunyai minat yang sama, jejaka berusia 24 tahun itu turut mendedahkan Hambal mempunyai karakter berbeza dengan dirinya dan juga Iqbal.

“Kami semua suka main ping pong dan tenis, memang aktif dekat kampus. Jadi bila main double senang nak ‘tipu’ lawan sebab dia keliru siapa yang dah buat pukulan servis. Memang kelakar.

Komen negatif kami malas nak layan sebab agak melampau. Kami sendiri pun tak pernah terfikir macam tu.
HAIKAL AJMAL BUKHORY

“Kami juga suka makanan yang sama macam spageti. Tapi Hambal suka melukis dan tulisan dia pun lain sikit. (Tulisan) Saya dan Iqbal lebih kurang. Kiranya Hambal lebih teliti orangnya.

“Dia juga ambil kursus seni bina dalaman sebab dia memang kreatif. Saya dan Iqbal pula lebih suka mengira. Jadi itulah sedikit perbezaan kami,” katanya yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah.

Dalam pada itu, Haikal berkata naluri antara mereka bertiga juga amat kuat.

Tiga kembar ini memilih menggayakan pakaian sama pada Aidilfitri dan jika hadir pada majlis perkahwinan.

“Pernah dulu semasa darjah satu, Hambal kena bvli. Waktu tu saya dan Iqbal dekat kelas lain. Kami berdua rasa macam tak sedap hati.

“Lepas tu kami cari Hambal, tengok-tengok dia tengah kena bvli. Ramai orang tengah kerumun dia. Patutlah saya dah Iqbal rasa tak sedap hati.

“Kalau demam pula kami tak serentak… ikut giliran. Contohnya saya demam hari ini, esoknya saya dah baik kemudian Iqbal pula kena. Lepas tu Hambal pula demam,” katanya.

Ditanya mengenai pengalaman manis mereka, Haikal berkata mereka gembira kerana dapat meraikan hari lahir setiap tahun bersama ibu mereka.

“Kami bertiga sebenarnya berkongsi tarikh lahir sama dengan mak kami pada 23 Disember. Rasa gembira sebab dapat sambut bersama mak tersayang.

“Bukan sambut bertiga tapi empat orang serentak. Kiranya setiap tahun tu adalah kenangan manis sambut bersama mak,” katanya yang sudah lama menetap di Shah Alam bersama keluarganya.

Dari kiri: Iqbal, Haikal dan Hambal bersama ibu mereka.

Mengenai komen berbaur lucah segelintir individu yang bertanyakan mengenai perbezaan bentuk fizikal mereka, Haikal menyifatkannya sebagai perbuatan melampau.

“Komen negatif kami malas nak layan sebab agak melampau. Kami sendiri pun tak pernah terfikir macam tu.

“Pelik-pelik soalan mereka. Tak pernah terfikir dek akal sampai nak tanya soalan macam tu,” katanya.

Pasangan kembar tiga yang mempunyai darah kacukan Cina sebelah ibu itu heboh diperkatakan selepas gambar perkongsian Haikal menjadi tular di Twitter.

Empat keping gambar dikongsi Haikal di Twitter dengan kapsyen “1996-1999-2015-2019 #growoldtogether dari dalam perut” mendapat 29,000 ulang kicau dan 39,400 tanda suka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariResepi

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*