“Cakap KL pun bersepah bau budu duit pulak cukup-cukup makan je..”- Fizo Omar Imbas Kenangan Dengan Kamal Adli

Pelakon Fizo Omar mengimbas kembali kenangan bersama rakan baiknya, aktor Kamal Adli sebelum menceburi bidang seni.

Fizo berkongsi kenangan manis tersebut menerusi kemas kini akaun Instagramnya.

Menurut Fizo, Kamal merupakan sahabat yang baik dan sentiasa berada disisi tidak kira susah atau senang.

 

 

View this post on Instagram

 

Kenal mamat ni masa 2007 dkat stage hero remaja 2007/2008.masa tu aku stuck main bola n team aku bubar sbb ada masalah financial.so xtau nak buat ape nak servive kat KL tu, sekali member hntr gmbr srh try msk contest hero remaja.masa tu aku mmg kg.com la.ckp KL pun bersepah bau budu.duit plak ckp2 makan je.lari bajet ckit cnfrm ikat perut. . Aku ngn kamal ni byk cerita sbnrnya.ye la zaman xde duit telur goreng sebiji pun boleh potong 2 janji sama2 blh merasa.igt lagi masa tgh g casting cari job.ke hulu ke hilir naik scooter je tak pun tong tong duit minyak naik kereta perodua kanccc aku yg pernah jd kebanggaan aku tu. . Baju seluar xpyah ckp la memang share2 je, melainkan boxer la.ape yg blh share jimat duit on jer.. . Benda yg paling aku igt.mlm sebelum final, mencangkung dlm tandas aku potong rambut dia, nntah ape pesyen pun aku xtau bedal je jnji pendek.boleh tahan hensem la sbb dia menang no 1 n aku no 2. . Bdk kelantan n bdk pahang bru msk industri.alhmdllh job sana sni berlakon model emcee semua sebat jnji halal. . Lately ni aku slow skit bidang glemer ni sbb focus bisnes n aku sambung belajar insyallah target aku smpai ke PHD.teringin jugak tgk kwn baik aku ni jd hero pujaan ramai.tp rezeki Allah tu dia bg ape yg sesuai dgn kita sebenarnya.aku bangga ngn ko bro very komited shngga ko berjaya skng.bantu fmly smua. . Btw rindu plak zaman berlakon cter bionik ngn mamat ni. @kamaladli . Sape igt cter bionik dulu?

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

“Kenal mamat ni masa 2007 dekat stage hero remaja 2007/2008. Masa tu aku stuck main bola and team aku bubar sebab ada masalah financial.

“So tak tau nak buat ape nak survive kat KL tu, sekali member hantar gambar suruh try masuk contest hero remaja.

“Masa tu aku memang kg.com la. Cakap KL pun bersepah bau budu duit pulak cukup-cukup makan je, lari bajet sikit confirm ikat perut.

“Aku ngan Kamal ni banyak cerita sebenarnya. Ye la zaman tak de duit telur goreng sebiji pun boleh potong 2 janji sama-sama boleh merasa.

“Igt lagi masa tengah g casting cari job ke hulu ke hilir naik scooter je, tak pun tong-tong duit minyak naik kereta perodua kancil aku yang pernah jadi kebanggaan aku tu.

“Baju seluar tak payah cakap la memang share-share je, melainkan boxer la. Ape yang boleh share jimat duit on jer.

“Benda yang paling aku ingat malam sebelum final, mencangkung dalam tandas aku potong rambut dia.

“Ntah ape pesyen pun aku tak tau bedal je janji pendek. Boleh tahan hensem la sebab dia menang no 1 and aku no 2.

“Budak Kelantan and budak Pahang baru masuk industri. Alhamdulillah job sana sini berlakon model emcee semua sebat janji halal.

“Lately ni aku slow sikit bidang glemer ni sebab focus bisnes and aku sambung belajar. Insya-Allah target aku smpai ke PHD.

“Teringin jugak tengok kawan baik aku ni jd hero pujaan ramai tapi rezeki Allah tu dia bagi ape yang sesuai dengan kita sebenarnya.

“Aku bangga dengan ko bro very komited sehingga ko berjaya sekarang bantu family semua. Btw rindu pulak zaman berlakon citer bionik ngan mamat ni. @kamaladli,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji keikhlasan dan keakraban hubungan persahabatan Fizo dan Kamal.

“Leh jadikan pedoman untuk semua orang di luar sana. Usaha tangga kejayaan. Susah-susah dahulu senang-senang kemudian,” puji @nazihahlokman

“Friendship goal… Dua-dua saya minat… Suka tengok lakonan korang,” komen @zelizahomar

Terdahulu, Kamal juga merupakan salah seorang dulang boy ketika perkahwinan Fizo dan Mawar pada 10 November 2013.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariResepi

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*