Gambar jadi bahan ej3kan bubble tea, Ibu Haneesya Hanee buat lap0ran p0lis – “Kamu boleh cari fas4l dengan saya tapi bukan dengan emak”

PELAKON Haneesya Hanee menuntut beberapa individu membuat permohonan maaf secara terbuka kerana kenyataan dan komen mengh1na warna kulitnya.

Haneesya atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 19, berkata, ibunya sudah membuat laporan p0lis dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya permohonan maaf tidak dibuat dalam tempoh dua minggu.

“Haneesya dah penat bercakap jadi biar ibu saja yang mengulas

“Kamu semua boleh cari fasal dengan saya tetapi bukan emak saya jadi saya bagi kamu @akustikajalanan dan @JefriiMY dua minggu untuk lakukan permohonan maaf secara terbuka sebelum kes ini dibawa ke mahkamah,” tulisnya di Twitter.

 

Dua individu berdepan tindakan undang-undang kerana h1na warna kulit Hanee 

Sementara itu, ibu Hanee, Nor Sakuraneeda meminta netizen berhenti mengungkit kisah silam anaknya yang sudah menyesali perbuatan tersebut.

Malah, ibunya berasa sedih dan kecewa apabila Hanee masih menjadi bahan jenaka kepada objek berwarna hitam dan memberi peluang kepada dua pemilik akaun laman sosial yang sudah dikenal pasti untuk membuat permohonan maaf.

“Selepas dia sudah insaf, korang masih push anak saya keterlaluan sehingga menyamakan anak saya seperti bubble tea apabila gambar anak saya digunakan untuk menjadi bahan ejekan di mana tidak saya benarkan gambarnya dipakai sembarangan!

“Untuk Amy Rafael awak sangat-sangat keterlaluan dan Jefri Aduba de Janitor, awak mengatakan dalam bahasa Inggeris she is hitam, the hajarrul aswad is jealous. Wow, kau samakan anak aku dengan Hajarrul Aswad,” kata ibunya.

“Pernah tak dia h1na you? Pernah tak dia buat salah dengan you? Apa ni? Salah ke kami perjuangkan apa yang perlu supaya ‘keyboard warrior’ di luar sana henti mengh1na,” kata ibunya. 

Haneesya sebelum ini pernah mencetuskan kontr0versi apabila video dia sedang berparti di kelab malam tersebar sehingga kemenangannya sebagai juara program Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik.

 

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*