Fad Bocey Kini Mempunyai Empat Orang Anak, Mulia Hatinya.-“Ddy jaga hamzah ye nak,anak ddy 4 org sekarang.”

Pelawak, Fad Bocey atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam akan memastikan anak tunggal arwah sahabat baiknya, Abam Bocey akan sentiasa dijaga dengan baik.

Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32 atau nama panggilannya Abam Bocey telah kembali ke rahmatullah pada isnin yang lalu. Pemergiaannya memberi kesan yang besar pada sahabat baiknya, Fad Bocey.

Melalui instagram Fad Bocey, satu keping gambarnya bersama anak arwah yang dipeluk erat, yang berusia lapan bulan dimuat naik di laman instagramnya.

“Ddy jaga hamzah ye nak,anak ddy 4 org sekarang,”tulis Fad berserta hashtag #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzah.

 

 

View this post on Instagram

 

Ddy jaga hamzah ye nak,anak ddy 4 org sekarang😊😘 #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzah

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Perkongsiaan yang dimuat naik itu mendapat pelbagai komen dari pengikut-pengikut instagramnya serta rakan-rakan selebritinya serta turut mendoakan yang terbaik buat keluarga arwah.

Sekadar perkongsiaan, Fad yang merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyampai radio berkahwin dengan Nur Syahirah A. Rahman pada tahun 2015 dan telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Manakala Allahyarham Abam berkahwin dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

 

Sumber : Instagram Fad Bocey.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*