
Baru-baru ini, pelakon Mia Ahmad ada berkongsi beberapa keping gambar di laman instagramnya. Mia Ahmad mendedahkan pemergiannya ke Tanah Suci Mekkah bagi menunaikan ibadah umrah bukan berseorangan namun ditemani dua orang sahabat baiknya.
Menurutnya lagi, pemergiannya ke Tanah Suci Mekkah secara tidak langsung merupakan ‘girls trip’ mereka yang dirancang bagi meraikan sambutan kelahiran mereka bersama-sama disebabkan mereka juga berkongsi bulan kelahiran yang sama.
“Bila kita nak berubah ke arah kebaikan Allah akan hadirkan kita dengan teman yang sama-sama nak berubah ke arah itu. Alhamdulillah umrah kami bertiga dipermudahkan oleh Allah S.W.T.”
“We shared the same birthday month, me and @hawaahmad on feb 22nd, @raihanarahim is on feb 21st so we decided to celebrate our birthday in Mecca and Madinah and performing umrah together. I never would have imagined that at the age of 30s I would go a girls trip to perform umrah.”
“Kitorang buat umrah DIY and amik mutawif kat sana, tak lama pun just 1 week tapi memang packed. Dkt sana apa yang difikirkan cuma ibadah sahaja ya Allah tenang nya, bangun tidur fikir nak pergi masjid nak tidur fikir esok nak bangun ke masjid jam berapa, baru sedar bila blk Malaysia kita lebih utamakan duniawi yang sementara ini.”
“Thank you An & Hawa for this trip, tolong mommy kat sana takut kena pijak dengan jemaah lain yang penting #wesurvived and #akubukancoolie, pak arab sana kalau minta tlg diorg tak berapa nak tolong ye sebab tu la terciptanya #akubukancoolie ni ,”
Menurutnya apa yang berlaku itu merupakan dugaan kecil buat mereka dan apa yang penting segala urusan mereka dipermudahkan dari urusna pergi sehinggalah pulang.
“Alhamdulillah.. Terima Kasih atas jemputanmu kali ini ya Allah! semoga kami, keluarga kami, teman-teman dan followers kami juga dijemput oleh-Mu.”
Sebelum ini, Mia menyatakan yang urusan mengerjakan umrah kali ini merupakan hadiah dari suaminya sempena hari kelahirannya.
Sekadar info, Mia Ahmad kini berbadan dua. Mia Ahmad mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017, pada 28 September 2018, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa.
Sumber : Instagram Mia Ahmad.
Leave a Reply