
Baru-baru ini, pelakon, Sharifah Sakinah memaklumkan bahawa dia kini sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua bersama suaminya, Alif Adha.
Menerusi laman instagramnya, Sharifah Sakinah ada memuat naik sekeping gambar di laman instagramnya. Melalui gambar yang dimuat naik itu, ia menunjukkan foto keputusan ujian kehamilan.
“Takde rezeki. Sila cuba lagi.”
Dalam masa yang sama juga, menurutnya dia tetap meneruskan usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua.
Menerusi ruangan komen di posting berkenaan, rata-rata rakan selebriti mahupun pengikut-pengikut instagramnya meninggalkan pelbagai komen buat dirinya serta menitipkan kata-kata semangat buat Sharifah Sakinah.
Sekadar info, Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired dilahirkan pada 28 Mei 1989. Merupakan adik kepada pelakon dan pelawak terkenal, Sharifah Norazleenda binti Syed Abu Bakar Al-Khaired dan Sharifah Shahirah.
Sharifah Sakinah mendirikan rumah tangga bersama Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015. Dari hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan,Anais Adha pada 24 Mei 2017.
Sumber : Instagram Sharifah Sakinah
Leave a Reply