“To be honest, masa ni baru first segment tapi dah sakit rahang..”- Kongsi Ramona, Mendapat Pujian Dari Penonton.

Baru-baru ini, pelakon Ramona ZamZam mencvri perhatian netizen bila muncul dalam program Sepahtu Reunion Live minggu yang lalu.

Gandingannya bersama Jep Sepahtu berjaya membuatkan penonton terhibur dengan telatah spontan mereka.

Tambahan pula, gelagat Ramona yang tidak dapat menahan gelak apabila melakonkan sketsa bersama Jep Sepahtu membuatkan penonton geli hati dengan telatah mereka.

Menurutnya, menerusi akaun instagramnya, Ramona menyatakan yang dia tidak menyangka yang dia akan diusik sebegitu sekali sepanjang program berkenaan.

“To be honest, masa ni baru first segment tapi dah sakit rahang 😩”

“Didn’t expect nak kena sakat sampai mcm tu skali. Pipi dah kebas, jawline sakit gila 😅”

“@jepsepahtu tak penah berubah, masih sama dari 10 thn lepas. It was such a pleasure to read all the comments and thank you for all the support.”

 

 

View this post on Instagram

 

To be honest, masa ni baru first segment tapi dah sakit rahang 😩 Didn’t expect nak kena sakat sampai mcm tu skali. Pipi dah kebas, jawline sakit gila 😅 @jepsepahtu tak penah berubah, masih sama dari 10 thn lepas. It was such a pleasure to read all the comments and thank you for all the support 😭🙏🏼❤️🥰 @sepahtureunionliveofficial #SepahtuReunionLive #SepahtuReunionLive2020

A post shared by RAMONA ZAMZAM Alashkar (@ramonazamzam) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut instagram memuji lakonan yang dibawa Ramona sepanjang program berkenaan.

Sekadar info, Ramona atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira binti Mohd ZamZam dilahirkan pada 25 Jun 1990 di Pulau Pinang. Mendirikan rumah tangga bersama Rami Alashkar pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivana Alashkar pada Disember 2017.

Sumber : Instagram Ramona ZamZam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*