Ustaz Ebit Kembali Membantu Orang Miskin Walaupun Ada Yang Tak Suka

Baru 2 hari lepas ustaz ebit lew memaklumkan tidak akan menolong orang secara langsung ketika PKP selepas mendapat nasihat polis. Berita itu menyedihkan ramai orang di Malaysia terutama nya penyokong ustaz. Semalam berita kebenaran polis telah tular di media sosial yang membenarkan ustaz ebit membantu orang susah.

Hari ini ustaz ebit telah keluar untuk membantu orang susah yang memerlukan bantuannya di waktu PKP. Berita itu telah dikongsikan di Laman Facebook miliknya.

Menurut catatan yang dikongsinya “Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah. Selepas sahur terus ke sini. Jauh dari orang dan dalam kebun getah. Banyak nyamuk. Tak lepas kereta saya masuk dalam. Kena jalan kaki. Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya.

Sebelum hadir mereka kata ada ketua masyarakat disini hadir semalam dan janji akan beri rumah. Tolong buat rumah tapi selepas PKP nanti. Syukur Alhamdulillah. Terima kaseh ketua masyarakat dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka. Semua badan ada hantar makanan dan sekolah pun beri percuma pada mereka makanan disekolah. Terima kaseh semua. Gembira dengar. Syukur sangat.

Bagi saya sehari mereka disini adalah dosa buat saya yang tidur lena. Makan sedap. Rumah saya besar dan kenderaan macam-macam. Anak kecil ini penuh nyamuk. Mereka anak yang baik. Senyum jer bahagia. Anak-anak ini anak yang baik sangat. Comel. Cemerlang pelajaran dan sukan.

Baik jer beradab sangat. Allahuakbar. Adik main dekat mana. Dekat sinilah ustaz. Allahuakbar. Saya nak masuk pun takut. Dia main 4 beradik. Yang besar darjah 5 perempuan.

Saya kata jom pindah rumah saya akan cari rumah sewa boleh duduk sampai bila-bila saya bayar. Jika ada kerajaan buatkan rumah boleh pindah sana. Sehari adik disini buat saya tak boleh tidur. Sedih sangat rasa. Rasa bersalah. Doakan saya tengah cari rumah sewa sementara untuk mereka”

Memang benar masih ramai orang miskin yang tidak ada tempat tinggal, tidak ada makanan. Terima kasih ustaz kembali membantu mereka.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*