Banduan Akhir Menangis Mendengar Ceramah Ustaz Ebit Lew

Walaupun kita sedang berada dalam perintah kawalan pergerakan, tidak menghalang Ustaz Ebit Lew menyantuni golongan banduan akhir. Ustaz bukan sahaja memberi derma pada yang memerlukan bahkan memberi kata semangat kepada para frontliners.

Ustaz telah memuat naik status nya di Facebook ketika cuba untuk memberikan pihak polis derma, Melangkah ke sel banduan akhir..jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang.

Sebak tadi masa hadiahkan 3 mesin basuh 25 kg ke Penjara Kajang. Dapat jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang. Baru mula beri sedikit nasihat dan doa semua menangis teruk tadi. Masa cerita perjuangan Nabi saw dan keluarga. Sebut tentang mak ayah. Mereka semua kenal saya. Happy sangat mereka. Menangis semua terharu. Muka semua bersih jer. Dahi hitam-hitam. Sujud atas sejadah dan simen agaknya. Tapi air mata mereka saya rasa macam mutiara. Sebak tengok mereka menangis.

Ada seorang banduan hafiz alim masa baca Al-Quran tadi. Merdu sangat bacaannya. Dia menangis masa baca. Ramadhan ini terasa sampai ke hati bacaannya. Semua menangis waktu saya tanya tentang mak ayah. Beliau banyak berdakwah dalam penjara dan membantu rakan lain.

Hj Abdul Halim Tuan Pengarah dan semua warden ingin menjadikan penjara seperti universiti. Ribuan baju PPE dihasilkan dah. Syukur dapat hantar banyak hospital. Mereka juga buat karipap dan roti sendiri. Dapat infak dijalan Allah. Siapa nak beli pun boleh. 10 ribu karipap sehari mereka hasilkan-ebitlew

Hebat sungguh dakwah ustaz daripada door to door, lorong to lorong semua ustaz pergi. Subhanallah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*