Isteri Dibenarkan Teman Suami Beli Barang Dapur

Sebelum ini kita tidak dibenarkan keluar berdua mahupun membawa isteri bersama untuk beli barang dapur, tapi kini kita boleh membawa seorang lagi orang di rumah untuk bersama beli barang di pasaraya.

Bermula hari ini rabu, sesiapa yang mahu keluar dari rumah untuk beli barang makanan atau keperluan kini boleh ditemani seorang daripada ahli keluarga yang tinggal di rumah yang sama. Perkara ini memudahkan para suami untuk membeli barang dapur untuk isteri memilih bahan mentah untuk masakan.

Perkara ini dinyatakan dalam kemaskini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang ditandatangani oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Mana-mana individu yang mahu melakukan perjalanan untuk mendapatkan ubat atau mahu ke klinik, anda juga boleh membawa seorang lagi untuk menemani anda. Sebelum ini hanya seorang individu sahaja dibenarkan untuk membawa orang lagin membeli barang dapur atau keperluan asas

Peraturan itu juga menyatakan bahawa mereka yang ingin membeli barang keperluan atau mendapatkan rawatan perubatan hanya boleh melakukannya dalam jarak 10 kilometer dari kediaman mereka. Sumber: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*