Lelaki Terpaksa Gunting Rambut Begini, Kerana Komen 1 Juta Dari Netizen

Perintah kawalan pergerakan ni menyebabkan ramai orang mempunyai terlalu banyak masa, masa bersama keluarga, masa bersama diri, masa bersama netflix dan ada juga yang telah membuat satu challenge 1 juta komen.

Walaupun banyak challenge yang ada semasa PKP ini tetapi challenge 1 juta komen ini telah menarik berpuluh ribu netizen bahkan mungkin beratus ribu untuk komen di facebook. Al Maklumlah masa terlalu banyak kerana mendapat cuti boleh lah meletakkan komen yang banyak di sesuatu posting.

Di dalam challenge 1 juta komen, lelaki itu telah mencabar netizen untuk komen sebanyak 1 juta komen di facebooknya. Kalau berjaya dia berjanji akan potong rambut seperti ini. Netizen yang merasa tercabar akan posting itu terus menulis komen sebanyak mungkin sehingga lah cecah 1 juta komen.

Tidak percaya dalam masa 9 jam sahaja komen sebanyak 1 juta telah berjaya dikumpul serta 15 ribu perkongsian dan 36 ribu reaksi orang ramai. Selepas sahaja mendapati komen telah mencecah 1 juta lelaki tersebut telah memuat naik satu post terbaru di facebooknya

Lelaki tersebut memuat naik satu posting “Yee sabar yee.. saya xlari, ada jekk niyy .. belom habis kerja lagi .. sabo2 ..” Mungkin ramai yang pm lelaki ini untuk mengingatkan akan challenge nya. Antara salah satu komen netizen pada postnya selepas 1 million komen berhasil.

Rata-rata netizen telah menuntut untuk lelaki itu memotong rambut secara live. Bahkan ada juga yang meminta supaya mengekalkan rambut fesyen gitu sehinggalah hari raya tiba. Walau apa pun kita tunggu lelaki tersebut balik ke rumah selepas habis bekerja dan selesai solat terawih nantikan di facebooknya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*