Kucing Juga Nak Ikut Tuan Dia Solat Terawih Berjemaah

Terdapat pelbagai sifat kucing yang ada di dunia ini, ada yang manja, ada yang kurang manja. Ada yang manja terlebih dan ada juga yang garang terlebih. Sikap manja terlebih ini lah yang kadangkala mencuit hati bukan sahaja tuannya tetapi hati orang sekeliling

Muhammad Syakir Muhammad Kamil telah berkongsi reaksi kucingnya yang bernama jambu (kucing betina) ketika orang mahu menunaikan solat. Setiap kali mereka sekeluarga mahu menunaikan solat berjemaah, ibu akan menyediakan mini sejadah supaya jambu dapat tunggu disitu sehinggalah selesai solat.

Perkongsian syakir itu menjadi viral di media sosial selepas berkongsi haiwan peliharaannya solat jemaah bersama kedua ibu bapanya. Jambu sangat manja dan akan ikut kemana sahaja ibunya pergi walaupun mahu menunaikan solat jambu akan setia bersama menunggu tuannya habis solat di atas sejadah mininya.

Pada masa dahulu, semasa ibunya solat si jambu ini suka barang di sebelah kaki ibunya tetapi kini tidak lagi kerana ibu risau solatnya mungkin terbatal. Nak halau kucing pergi, ibunya tidak sampai hati kerana itu haiwan peliharaan kesayangannya.

Kelakuan si jambu tidak asing bagi pencinta kucing yang membela kucing kerana sudah lumrah apabila seekor haiwan itu manja dengan manusia. Ramai warga internet turut berkongsi gambar mereka duduk disebelah ketika solat dan ada juga yang berbaring di atas sejadah.

Syakir yang menetap di Singapura itu memberi nasihat, jika mempunyai kucing yang aktif sebaiknya tutuplah pintu ketika ingin menunaikan solat kerana dikhuatiri  mengacau waktu solat kita. Tetapi tidak mengapa jika kucing jenis malas seperti kucingnya kerana seronok juga ada yang teman waktu solat.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*