Joe Jonas dan Sophie Turner tidak dapat menahan sebak ketika baca ikrar perkahwinan mereka

Joe dan Sophie mengadakan majlis perkahwinannya kali kedua pada Sabtu lalu.

PASANGAN selebriti Joe Jonas dan Sophie Turner tidak dapat menahan air mata ketika membaca ikrar perkahwinan di majlis yang diadakan pada Sabtu lalu.

 

View this post on Instagram

 

Mr and Mrs Jonas

A post shared by Sophie Turner (@sophiet) on

Menurut laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu semua tetamu yang hadir pada majlis tersebut turut gembira melihat pasangan itu.

“Joe dan Sophie menangis ketika membaca ikrar perkahwinan mereka. Semua orang yang hadir turut bersorak kegembiraan melihat pasangan itu.

Joe dan Sophie kelihatan gembira di majlis perkahwinannya. Foto: People.

“Ia merupakan sebuah majlis yang penuh emosi,” kata sumber terdekat.

Antara selebriti yang turut memeriahkan majlis tersebut iaitu Priyanka Chopra, Nick Jonas, Maisie Williams dan Ashley Graham.

 

 

View this post on Instagram

 

Her ❤️😍 @sophiet

A post shared by Priyanka Chopra Jonas (@priyankachopra) on

Joe dan Sophie sebelum ini berkahwin pada 1 Mei lalu di Las Vegas selepas lima bulan adiknya, Nick melangsungkan perkahwinan dengan Priyanka.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariResepi

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*