“Terasa bagai mimpi!” – Juliana Evans kongsi wajah dan nama cahaya mata sulungnya

Juliana Evans bersyukur dengan kelahiran Kamiliah dan menganggap ia mimpi menjadi realiti. Foto Instagram @julianaevans

PELAKON Che Puan Juliana Evans yang baru menimang cahaya mata sulung berkongsi foto wajah bayinya itu di Instagram pada Ahad.

 

Juliana, 29, berkata kehadiran bayi perempuan diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah itu bagaikan satu mimpi yang menjadi realiti.

Dalam masa sama, dia turut berterima kasih kepada peminat yang mendoakan supaya proses kelahirannya dipermudahkan.

“Alhamdulillah, saya dah jadi ibu. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas ucapan, saya sangat terharu.

Perkongsian Juliana Evans di Instagram pada Ahad.

“Saya mahu membalas semua ucapan tetapi anak perempuan saya sudah mengambil begitu banyak masa saya, dia banyak permintaan namun saya amat menyayanginya, terasa bagai mimpi apabila melihatnya di depan mata,” tulisnya.

Juliana selamat melahirkan cahaya mata pertamanya itu pada pukul 9.39 malam, Sabtu.

Sebelum itu, abang ipar Juliana iaitu Tengku Salehuddin Ismail Shah berkongsi mengenai nama bayi berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

Juliana bersama suami tersayang, Tengku Shariffuddin Shah.

Juliana atau Juliana Sophie Johari Evans dan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, 31, mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017.

 

Menerusi laporan mStar pada 1 April lalu, pelakon drama Bella & Jamie ini berharap dikurniakan cahaya mata perempuan memandangkan keluarganya dan suami mempunyai ramai saudara lelaki.

Ini bererti impian Juliana dan suami untuk menimang anak perempuan tercapai dengan kelahiran Kamiliah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariResepi

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*