Sebelum ini, pelakon Aedy Ashraf berteka- teki mengenai hubungannya dengan seorang wanita bernama Munah Rashid.
Namun selepas sekian lama berdiam diri, Aedy akhirnya memberanikan diri memuat naik gambar gadis istimewa itu dalam laman Instagram miliknya.

Kedua-duanya dilihat membuat penampilan bersama pada satu majlis anugerah yang berlangsung minggu lepas.
Rata-rata peminat gembira dan meninggalkan pujian buat pasangan itu dalam ruangan komen Instagram Aedy.
Tetapi sayangnya, pelakon Cinta Tiada Ganti ini dilihat sudah memadamkan gambar tersebut daripada laman Instagramnya.

Aedy bagaimanapun sudah memadamkan gambar bersama gadis istimewa itu dalam Instagramnya

Pelakon yang mula mencipta nama selepas filem Jutawan Fakir pada 2003
Aedy atau nama sebenarnya Mohammed Addy Ashraf Rosmadi mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2003 menerusi filem Jutawan Fakir dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem.
Aedy juga merupakan anak kepada pelakon veteran, Liza Zain. – MHE TV
Leave a Reply