Sah! Zul Ariffin Umum Nikah Wanita Non-Muslim Tahun Depan, Persiapan Lebih 70 Peratus

Pelakon Zul Ariffin mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya yang masih dirahsiakan tahun hadapan.

Sudah melalui pelbagai perkara dalam kehidupannya, aktor bertubuh saaa ini juga kini lebih senang untuk bercinta selepas bernikah selepas ini.

“Harapnya saya dapat kongsikan kepada anda semua yang saya bakal berkahwin pada tahun hadapan. Umur saya semakin meningkat dan saya semakin matang, saya hanya mahu membuatkan sesuatu hubungan itu halal dan terus berkahwin, itu sahaja.

 

“Bercinta selepas bernikah, itulah yang sepatutnya terjadi. Saya percaya mengenai perkara itu. Saya dah melalui banyak perkara dan beberapa hubungan.

“Saya tak menyesal, tiada apa yang mahu disesalkan. Saya gembira.

“Pengalaman yang lalu membentuk saya. Saya hanya mahu berkahwin sahaja. Saya mahu jadi terbaik, mahu berkahwin, harapnya tahun hadapan,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai persiapan kahwinnya pula, Zul mengakui semuanya sudah pun dilakukanz

“Perancangan ke arah itu sudah melebihi 70 peratus. Jika ada berita baik yang mahu saya cerita, pastinya saya akan kongsikan.,” katanya.

Enggan mendedahkan identiti individu bertuah itu, Zul hanya memberitahu yang bakal isterinya merupakan seorang wanita bukan muslim yang sedang dalam proses mempelajari agama Islam.

“Saya tak nak menukar agama seseorang itu hanya kerana ingin bersama semata-mata atau hanya disebabkan perkahwinan, itu adalah perkara yang tidak baik. Biarlah dia mengambil masa untuk mengenali agama Islam,” katanya lagi.

Zul ditemui di majlis tayangan perdana filem Sangkar di e@Curve, Damansara malam tadi.

Dalam pada itu, Zul berharap agar filem ini dapat sambutan yang menggalakkan.

“Rasa berdebar menanti sambutan peminat itu ada kerana sebelum ini filem yang saya bintangi sering mendapat respon positif.

“Saya berharap lakonan yang saya persembahkan dalam Sangkar dapat mempengaruhi orang ramai untuk bertandang ke pawagam,” katanya lagi.

Filem arahan Kabir Bhatia itu turut menampilkan Remy Ishak, Mira Filzah, Nik Adam Mika, Ray Era, Fadlan Hazim, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

 

Sementara itu, Zul memberitahu dia masih belum bersedia mendedahkan identiti wanita yang bakal menjadi isterinya itu.

Ini berikutan dia perlu menjaga beberapa sensitiviti memandangkan wanita tersebut berlainan agama dan perlu melalui beberapa proses sebelum berkahwin.

“Niat nak kahwin ini benda baik dan tak salah beritahu, cumanya selagi belum pasti kita tak nak heboh-heboh.

 

Aksi Zul Ariffin dalam filem Sangkar.

“Sebabnya ia ada berkaitan agama, wanita itu bukan Muslim dan saya tak mahu orang kata wanita itu peluk Islam hanya kerana nak kahwin.

“Dalam hal ini memerlukan sedikit masa dan biarlah dia memeluk Islam seikhlas hati dan kita bantu apa yang perlu,” ujarnya.

 

Pelakon utama filem Sangkar; Zul Ariffin, Mira Filzah dan Remy Ishak.

Sebelum ini, Zul pernah digosipkan kononnya menjalinkan hubungan cinta dengan wanita Ukraine.

Zul bagaimanapun menafikan mengenai perkara itu dan memberitahu mereka hanya berkawan.

Pelakon filem J Revolusi ini turut pernah dikaitkan dengan penerbit filem terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai.

 

Jangan lupa saksikan filem Sangkar bakal muncul di pawagam pada 29 Ogos ini di seluruh Malaysia.

 

sumber: MH via mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*