Pelakon yang kini semakin meraih perhatian, Ben Amir sememangnya membuatkan ramai cair dengan penampilan terbarunya yang berambut panjang.
Apatah lagi menerusi drama Sweet Dreams, yang mana peminat drama tempatan menyukai jejaka kacak ini yang turut bergandingan dengan Mira Filzah.



Acap kali juga, penampilannya menerusi drama tersebut hangat diperkatakan kerana rambut panjang Ben yang berbeza dari pelakon lain.
Namun begitu, siapa menyangka fotonya berambut pendek dikongsikan sebentar tadi membuatkan peminatnya risau.
Rambut pendek jadi perhatian
Ini kerana, peminatnya khusus wanita lebih menyukai selebriti ini berambut panjang berbanding pendek.

Meskipun baru sahaja dikongsikan, perkongsian foto ini sudah meraih lebih 23 ribu tanda suka dalam masa yang sekejap.
Namun begitu, ia membuatkan peminat yang mengikuti perkembangan Ben dilaman Instagram yang kini sudah mencecah lebih 878 ribu itu turut tertanya-tanya adakah dia kini sudah berambut pendek.
Ala takde rambut panjang tuu


Eh eh gambar baru ke ni

Ohh no. Ni pic lama kan? You throwback?

Seriousla dah short hair sekarang?

Walaupun, ada yang merasakan dia lagi kelihatan kacak dengan rambut panjang namun ada juga netizen memberikan komen positif buatnya yang mana dikatakan dia tetap saja kelihatan ‘elok’ rambut seperti itu.
Rambut pendek pun elook aje

Sumber: Ben Amir
Kredit: HCL
Leave a Reply