“Alhamdulillah,” – Kakak Tomok, Ismaliza Selamat Diijabkabul, Pilih Tarikh 21.12.19

Kakak kepada penyanyi Tomok, Ismaliza Ismail selamat diijabkabul buat kali kedua sebentar tadi. Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 7 itu berkongsi momen istimewa menerusi laman Instagram miliknya.

Difahamkan menerusi lnstagram Salwa Abdul Rahman, Isma berkahwin dengan Dzaki di Menara Seri Wilayah, Presint 2 Putrajaya.

 

“Alhamdulilah.

Terima kasih semua yg terlibat

@jueedenweddingplanner

Make up – @makeupbydeqsha & Aszrin (malam berinai)

Baju @hanna_othman_dressmaker

Hantaran : @suerais

Inai : @azian_cool

PA system : @djmneezaam

emcee : @samiskandar44,” kongsinya.

“21.12.19

 

 


Alhamdulillah… Syukur!

Tahniah!!! Selamat Pengantin Baru!!

Selamat Sudah Pernikahan… @ismaliza_tanty & Dzaki

Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke Jannah…

Maaf! Kakwa Tak Dapat Hadir!

Masaalah Kesihatan Yang Tidak Mengizinkan,” kongsi Salwa.

 

 

 

Bagaimanapun, Isma yang juga ibu tunggal ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai butiran majlis perkahwinannya.

“Cukuplah sekadar orang tahu saya sudah berkahwin. Kalau boleh saya tak nak komen lanjut mengenai tempoh perkenalan saya dengan suami,” katanya.

Sementara itu, Isma menerusi Instagram meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit.

Menurut Isma, dia menerima mas kahwin sebanyak RM100 dan jumlah hantaran dirahsiakan.


I
sma sebelum ini pernah berkahwin dengan Zul 2by2 namun memutuskan untuk bercerai awal 2018 setelah hampir 20 tahun hidup bersama.

Hasil perkongsian hidup Isma dan Zul, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.

Foto : Instagram Isma, Salwa dan Ayu Abas

 

Kredit: MH via Metro online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*