Syifa memohon maaf tindakannya memakai turban menampakkan rambut undang kemarahan netizen.
PELAKON Syifa Melvin mengakui kesilapannya kerana terlalu mengikut n4fsu dalam bergaya apabila memakai turban sehingga menampakkan bahagian hadapan rambutnya.Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 25, berkata dia menerima teguran dan kritikan netizen yang kurang senang dengan cara fesyen tersebut.
“Saya mengaku salah dan minta maaf kerana berpakaian mengikut n4fsu sebab nak bergaya.
“Tapi tidak la sampai menunjukkan separuh rambut, saya faham ia tetap salah malah saya tidak menyalahkan netizen yang kritik.

Syifa memadam foto setelah terima kec4man.
“Apa yang kita buat, kenalah ‘telan’ sendiri sebab kita yang pilih untuk lakukan perkara itu,” kata Syifa kepada mStar.
Syifa diminta mengulas mengenai penampilannya yang menerima kec4man dan ditvduh sengaja menampakkan bahagian rambutnya.
Pelakon drama mini Sis Cuba ini menggayakan penampilan tersebut ketika majlis rumah terbuka dan pelancaran produk kecantikan yang diasaskan empat beradik Melvin pada Ahad lalu.
Malah, ada segelintir netizen membuat dakwaan bahawa pelakon itu bakal membuka tudung tidak lama lagi.
Dalam pada itu, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini turut berkata, dirinya masih dalam proses belajar dan akui imannya masih tidak teguh.

Syifa berharap netizen henti mendoakan yang tidak baik.
Bagaimanapun Syifa meluahkan rasa kec3wa terhadap segelintir netizen yang mendoakan dia tidak lagi berhijab disebabkan penampilan tersebut.
“Saya pun baru lima tahun berhijab dan mengakui iman masih turun naik. Tapi tidak la sampai saya ingin buka tudung.
“Ada saya baca komen netizen yang mendoakan saya tidak lagi berhijab dan anggap ia komen yang terlalu negatiif.
“Bagi saya, kalau orang tu buat s4lah atau melakukan tindakan tidak betul, usahlah kita mendoakan yang lagi bvruk dan terus menc4ci,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariResepi
Leave a Reply