Ramai yang meremang dengar bro ni tarik lagu Haqiem Rusli, tapi akak kat belakang ‘rilex’ dengan gayung dan lauk kendurinya buat netizen terbahak!

TAK sedar dirinya dirakam, siapa sangka video nyanyian jejaka ini menerima lebih 140,000 tontonan di laman Twitter.

Mendendangkan lagu Selamat Tinggal Sayang dendangan asal Haqiem Rusli, persembahan bersahaja Izzal Anuar berjaya menarik perhatian ramai.

“Korang dengarlah ni dia tarik sedap gila,” tulis seorang pelayar Twitter yang berkongsi video itu yang mana ia turut menerima lebih 11,000 ulang kicau (Retweet).

Baru berusia 19 tahun, dia yang mesra disapa Izzal memberitahu sudah membuat video cover nyanyian di Instagram sekitar lima tahun lalu.

Izzal tidak menyangka video nyanyiannya akan tular.

“Video tu saya tak sedar pun ada orang rakam. Masa tu saya menghadiri rumah terbuka raya sekitar bulan lepas.

“Tak sangka pula akan viral. Bila orang puji video tu, saya hanya mampu bersyukur dan ucap terima kasih,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Saya pun tergelak baca komen-komen yang ditulis. Benda kat belakang pula jadi isu, siap ada yang screenshot. Terima kasih juga kepada mak cik tu, aksi dia kat belakang turut menjadi tarikan dalam video tu.

IZZAL ANUAR

Selain nyanyian Izzal, video itu turut menjadi bahan jenaka netizen.

Ia susulan kemunculan seorang wanita yang selamba sedang menambah lauk dipercayai hidangan gulai dengan menggunakan gayung untuk majlis berkenaan.

“Saya pun tergelak baca komen-komen yang ditulis. Benda kat belakang pula jadi isu, siap ada yang screenshot.

“Terima kasih juga kepada mak cik tu, aksi dia kat belakang turut menjadi tarikan dalam video tu,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai nyanyian, Izzal berkata, dia menggunakan platform Instagram untuk mengetengahkan bakatnya.

Siapa sangka, dia disambar satu syarikat rakaman pada Mac lalu dan bakal melancarkan single sulungnya, hujung bulan ini.

Izzal banyak membuat video cover di Instagram.

“Dah beberapa tahun berusaha, Instagram juga yang jadi penyebab untuk rezeki ini.

“Memang agak gementar. Sebelum ni nyanyi lagu orang, kali ni nak nyanyi lagu sendiri.

“Sepertimana saya cover lagu orang, saya juga harap akan ada orang yang buat cover lagu saya nanti, dan sokong saya,” katanya yang meminati Hafiz Shuib, Judika dan Bruno Mars.

Dalam pada itu, rata-rata pelayar Twitter turut meninggalkan komen mereka berhubung video nyanyian Izzal.

“Akak tu rilek je dengan periuk gulai dia hahahhaha,” tulis @zaheenn__.

“Bapak panjang nafas dia weh!! Suara bro ni padu siot!!” tulis @Thehulkey.

“Meremang weh,” tulis seorang lagi pelayar Twitter.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariResepi

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*