Atikah Suhaime Akui Sudah Temui Pengganti, Sedang Mengenal Hati Budi ‘Datuk’

Pelakon Atikah Suhaime mengakui sedang mengenali hati budi seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Lokman Teh selepas putus tunang dengan penyanyi, Awie Rafael, 33, pada 14 Mac lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Atikah menjelaskan dia mengenali lelaki terbabit yang juga anak kepada pengasas produk mandian sejak beberapa bulan lalu.

 

Katanya, buat masa ini mereka dalam proses mengenali hati budi dan perkenalan itu melalui rakannya.

โ€œPerkenalan kami terlalu singkat iaitu dalam tempoh beberapa bulan. Buat masa ini kami sedang berkawan tambahan pula saya gemar mengenali ramai orang,โ€ katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

My maโ€™s photography skills has improved somehow ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

A post shared by Atikah Suhaime ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@therealatikahsuhaime) on


Atikah sebelum ini mengikat tali pertunangan bersama Awie Rafael sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac lalu. Mengikut perancangan mereka sepatutnya bernikah pada 17 Mac lalu.

Spekulasi mengatakan Atikah dan Lokman bercinta timbul apabila mereka sering berkongsi foto di lokasi, tarikh dan masa yang sama di Instagram (IG).

Dalam pada itu lelaki terbabit juga dikatakan mengikuti Atikah ketika menjalani penggambaran drama di luar negara.

 

Sumber: Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariResepi

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*