Jangan pernah lelah berbudi kepada orang tua. Di sebalik kehilangan bapa tercinta, terselit satu memori indah apabila adik beradik sepakat menghadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi kepada adik ipar Achey, Mohd Shafiey.
Hadiah tersebut diberikan kepada Mohd Shafiey atau mesra disapa Pie Atan atas jasanya menjaga arwah bapa, Yahya yang sakit selepas mengalami sesak nafas.
“Hari ni saya nak ceritakan situasi semalam, dimana kami adik beradik, saya, isteri dan adik-beradik belah isteri saya sepakat untuk menghadiahkan adik saya, Pie Atan sempena menjaga ayah yang tidak putus-putus selama satu tahun.
“Kami kumpul duit dan beli hadiah yang dia memang inginkan. Alhamdulillah berjaya,” kata Achey sambil merakam videonya.
View this post on Instagram
Difahamkan, Pie yang juga adik bongsu kepada isterinya, Nor Hasanah atau mesra disapa Anne telah menjaga bapanya selama setahun.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap video berkenaan.

Terdahulu, Achey berkongsi berita s3dih apabila arwah bapa mertuanya meninggal pada Khamis lalu selepas mengalami s3sak nafas.
Malah, arwah menghembuskan nafas terakhir ketika dalam dakapan adik Pie Atan.
Jen4zah selamat dikebumikan di Segamat, Johor.
Video/ Foto : Instagram Achey
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariResepi
Leave a Reply