Pelakon Amar Asyraf ada memuat naik sekeping foto menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailudin bercerita, dia ada terserempak dengan seorang lelaki peminta sedekah yang antara lain turut berkongsi kisah kesusahan yang dihadapinya.
Jelasnya, lelaki berkenaan memohon bantuan dari segi kewangan untuk menampung kos pembelanjaan dan rawatan isteri serta anaknya yang cedera akibat disimbah minyak panas!
“Assalamualaikum. Tadi saya ke Masjid Bangi Solat Jumaat. Bila selesai saya terserempak dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda dari saya ingin meminta sedekah dari tetamu tetamu Allah yang keluar dari Masjid.
“Saya menemuramah beliau . Katanya dia bekerja sebagai kelindan lori. Dia berketurunan Myanmar tetapi dah lama ada di sini. Nama nya Salim. Ketika beberapa bulan lepas dia bekerja sebagai pembantu gerai di gerai goreng pisang. Ketika itu seorang pekerja lama dipecat majikan.
“Pekerja tersebut marah dan bertindak menyimbah minyak panas kepada isterinya dan anaknya. Bila direport polis dan kes di bawa ke mahkhamah dia kalah kerana tiada duit untuk pasang lawyer. Dan lawannya menang kes kerana pasang lawyer,” tulis Amar.
Pada masa sama, pelakon ini turut mendakwa lelaki tersebut tidak terbela nasibnya sebagaimana yang diceritakan.
“Tiada sesiapa pun yang membela nasibnya kerana beliau pendatang.
“Anak nya kini memerlukan rawatan susulan dan isterinya tidak mampu bekerja kerana tisu otot tangan nya sudah rosak. Tidak boleh mengangkat benda berat,” maklum Amar lagi.
Di samping itu, bintang drama bersiri Setia Hujung Nyawa ini turut memberi informasi kepada netizen yang ingin menghulurkan sumbangan.
“Jadi dengan ruang yang ada ini saya memohon jika ada pihak yang ingin menolong beliau boleh buat sumbangan dengan menghubungi Encik Salim di talian 014-7363117.
“Beliau tiada akaun bank kerana terlalu lama tiada duit di dalam nya dan telah ditutup pihak bank. Jika ada kesempatan minta share post ini ke page atau story anda.
“Nota kaki: segala apa yang saya tulis tentang peristiwa yg menimpa keluarga beliau adalah dari penceritaan beliau. Tiada tokok tambah dari saya. Post bukan untuk membutukkan sesiapa.
“Hanya untuk menolong Encik Salim mendapatkan bantuan untuk anak beliau.,” tulisnya memberi pencerahan.




Dalam pada itu, peminat juga berasa simpati dan sedih melihat perkongsian pelakon berusia 32 tahun ini.
Foto : Instagram Amar Asyraf
kredit: MH
Leave a Reply