Pelakon Amyra Rosli tampil menjelaskan situasi sebenar apabila menggunakan buah nenas ke dalam masakan gulai lemak ketamnya baru-baru ini.
Khuatir akan penggunaan nenas yang didakwa sesetengah pihak bersifat ‘tajam’ bagi ibu yang sedang berbadan dua, ramai yang tampil menasihati Amyra.
“Laa kita masak lemak ketam letak nenas ramai DM tanya mengandung bole makan nenas? Tak tajam ke?
“Okey macam ni, semua individu berbeza. Kalau nak ikutkan maggi tak boleh makan, air gas tak boleh minum, durian tak boleh makan, makanan segera tak bole makan. Kenapa?
“Bagi saya, kalau hamil tu makanlah makanan apa pun, tapi kalau makanan itu memang dikatakan tajam atau panas tapi teringin juga nak makan, makanlah dalam kuantiti sangat sedikit.
“Sekadar nak lepaskan teringin kat tekak tu.
“Tapi kalau doktor anda sudah nasihatkan jangan sentuh langsung makanan itu atas sebab kesihatan, ikut cakap doktor tau,” terang Amyra.
Perkongsian itu kata Amyra dibuat memandangkan ramai yang cakna akan kandungan pelakon drama bersiri Nur itu.
“Saya kongsi ini kerana ramai yang ambil berat pasal saya letak nenas dalam makanan. Terima kasih kalian.
“Kalau anda was-was pasal pemakanan ketika hamil ni tanya saja doktor atau ibu anda okay,” tambahnya.

Mitos nenas penyebab keguguran bukan isu baharu dalam kalangan ibu yang sedang hamil.
Namun, pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin tampil menafikan tanggapan tersebut dan menjelaskan tiada bukti sahih yang mengaitkan nenas dan punca keguguran.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info mengenai kesihatan wanita dalam Tanya Dr. Imelda yang ditayangkan pada setiap Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD(121).
sumber: astro gempak
Leave a Reply