Hib4!Suami tak ada kerja s4nggup rendahkan eg0, men4ngis dalam majlis… tak pakai selipar meluru pelvk isteri

PERNAH rasa nak bunuh diri suatu ketika dahulu,’ luah seorang suami dalam satu majlis seminar yang dianjurkan oleh penceramah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau atau lebih dikenali sebagai ustaz Ebit Lew.

Terkenal dengan cara berdakwah secara ‘halus’, selain bahasa yang digunakan sangat menyentuh hati, pastinya ustaz Ebit Lew menjadi pilihan ramai terutamanya golongan muda untuk mendapatkan pandangan serta bebas berkongsi masalah.

Terbaharu, satu posting yang dimuatnaik oleh ustaz Ebit di akaun Facebook miliknya pada Isnin mendapat perhatian ramai dengan meraih kira-kira 34,000 perkongsian (share).

“Terkejut sangat sebak bila saya tanya siapa pernah rasa putus asa dalam hidup, rasa lebih baik mati je dan terasa macam nak bvnuh diri,” katanya menerusi posting tersebut.

Video berdurasi 3:32 saat itu menunjukkan seorang suami sanggup merendahkan egonya dengan berkongsi kisahnya yang pernah putus harapan dalam kehidupan suatu ketika dahulu sehinggakan berasa adalah lebih baik untuk dirinya mati sahaja.

Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kasih pada isterinya membawa beliau ke sini. MasyaAllah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah.

EBIT LEW

PENCERAMAH

Lelaki itu meluahkan rasa kecewa dengan sikapnya yang dirasakan selalu menyusahkan isteri. Luahan itu dikongsinya semasa menghadiri seminar ‘Keluarga Sunnah #PerbaikiDiri’ yang diadakan baru-baru ini.

“Fikiran rasa macam down sangat-sangat. Dengan kerja tak ada. Anak ramai. Harapkan kerja, harapkan duit kerja isteri. Gitulah ustaz. Kadang-kadang isteri pun selalu duduk menangis dengan kita.

“Tension dengan kitalah. Maksudnya… kita pun ada buat hal juga. Ada buat perangai yang isteri tak suka,” luah lelaki itu dengan perasaan menyesal.

Lelaki itu seterusnya berkongsi tentang kesempitan hidupnya, yang bukan sahaja hilang pekerjaan tetapi juga buntu untuk mencari kerja.

Malah berdasarkan video tersebut, ustaz Ebit mengambil pendekatan dengan memberi semangat serta mendoakan yang terbaik buat lelaki itu. Turut dilihat lelaki itu keluar memeluk penceramah itu sambil ditenangkan beliau.

 

Suasana majlis bertukar hiba apabila lelaki ini keluar memelvk isterinya.

 

Menurut lelaki itu, isterinya yang mengajak dia untuk bersama-sama menghadiri majlis itu.

“Abang sangat hebat, mulia. Abang ada doa Nabi. Abang dari muda dah Islam. Allah sayang dekat abang. Abang langsung tak ada apa-apa kurang. Abang ada doa Nabi. Nabi sayang dekat abang.

“Abang ada doa mak ayah abang yang sangat kuat, hebat, baik. Semua orang buat silap, yang terbaik yang minta ampun. Saya sayang abang kerana Allah. Sebab tu abang jangan rasa nak mati, rasa macam putus asa. Jangan pernah putus asa daripada rahmat Allah,” nasihat penceramah itu kepadanya yang akhirnya menyebabkan air mata mengalir.

Selain itu, ustaz Ebit juga turut mendoakan agar lelaki itu dipermudahkan dan diberikan kekuatan dunia akhirat serta pekerjaan yang baik.

Jelasnya lagi, ujian itu hanya untuk menguji lelaki ini untuk menjadi manusia yang lebih kuat dan mengingatkan agar kita tidak mengulang kembali kesilapan lalu.

Suasana majlis bertukar hiba apabila lelaki itu keluar tanpa mengenakan selipar menuju ke ruangan bahagian belakang untuk berjumpa dan memelvk isterinya sambil meminta maaf.

Perasaan sedih itu turut dirasai oleh tetamu pada majlis itu yang rata-ratanya turut terkesan dengan luahannya sehingga ada yang mengalirkan air mata.

 

Rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

 

Difahamkan lelaki itu baru sahaja mendapat pekerjaan.

“Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kasih pada isterinya membawa beliau ke sini. Masya-Allah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah,” kongsi ustaz Ebit menerusi posting tersebut.

Menurut penceramah itu, terdapat beberapa pasangan yang pada awalnya bercadang untuk berpisah pada hari kejadian akhirnya berbisik bahawa mereka bercadang untuk meneruskan ikatan perkahwinan yang dibina.

“Terima kasih Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa. Hati manusia dalam genggaman-Nya,” katanya.

 

View this post on Instagram

Seorang kakak tanya. Suaminya setiap hari balik pukul 1 dua pagi. Kadang-kadang balik awal. Tapi terus pegang hp dan tak bercakap langsung. Katanya, setiap hari saya bekerja. Kena urus anak 3 orang seorang diri. Urus rumah seorang diri. Saya tak kisah pun. Cuma sedihlah ustaz. Apa saya patut buat. Ada amalan tak saya boleh buat supaya suami saya nak pandang saya. Pedulikan saya. Stress sangat dan dah puas menangis. Penat dan rasa macam jadi bodoh jer rasa. Macam tak berguna. Saya cuma nak dia beri sedikit perhatian untuk saya dan bimbing saya. Bukan nak banyak pun..suami saya solat pun liat. Jarang nampak dia solat. Sedih rasa. Dulu saya pun jahil. Tapi sekarang saya dah mula perbaiki diri dan jaga solat. Tapi dia masih belum berubah. Begitulah puan keadaan hari ini. Sedih dan kasihan lihat keadaan hari ini. Rumah jadi macam hotel. Tempat tidur jer. Dulu rumah zaman Nabi saw walau buruk dan sempit tetapi penuh bahagia di dalamnya. Rumah tempat bahagia. Rumahtangga pengubat jiwa. Cuba puan buat 3 amalan ini. Pertama solat sunat hajat 4 rakaat hajat setiap hari.2 kali salam. Doa khusus buat suami. Baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin 300kali selepas solat. Hati manusia dalam genggaman Allah. Doa lebih berkuasa dari segalanya. Keduanya tetapkan waktu Ta'lim. Dan ajak suami sama-sama duduk. Jika dia tak mahu, teruskan buat bersama anak-anak. Jangan tinggalkan amalan Ta'lim. Baca Al-Quran dan hadis buat rumah bercahaya dan hidup. Malaikat yang bawa rahmat dan ketenangan memenuhi rumah kita. Ketiga setiap malam sebelum tidur cium tangan suami dan kata lebih kurang begini. "Abang saya minta maaf atas semua salah silap saya. Terima kaseh jadi suami saya. Tolong pimpin saya sampai melangkah masuk syurga" Bila seseorang mula rasa ini salah saya. Rahmat Allah bersamanya. Pertolongan Allah datang. Bila 2 orang mula caci mencaci kita terjauh dari rahmat Allah. Rahmat Allah hilang. Dia pun buat selama seminggu. 3 perkara ini. Suaminya menangis semasa hari ketujuh dia buat. Suaminya minta maaf. Sebenarnya abang yang tak baik. Abang yang berdosa. Maafkan abang sayang. Syukur hari ini ramai kerana doa isteri dapat bawa suami ke keluargasunnah-

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

 

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*