SUASANA hening di sebuah klinik kesihatan di Kuala Lumpur boleh dikatakan tegang apabila seorang suami didakwa mengherd1k isterinya di hadapan orang ramai.
Selain ditengk1ng, wanita itu turut dit0lak olah suaminya menerusi kejadian yang berlaku pada Selasa lalu.
Menurut Azri Osman, 39, yang berkongsi kisah itu di Facebook, dia tidak berada di lokasi itu sebaliknya ia diceritakan oleh isterinya, Nur Atika Liyana Hamzah, 29, yang berada di tempat kejadian.
Yang ni depan orang ramai pun boleh maki, apatah lagi kat rumah. Apa-apa pun, kita berbalik kepada Allah, ambillah kisah ini sebagai pengajaran.
AZRI OSMAN
“Isteri saya sempat hantar gambar pasangan tu. Saya ni sebagai suami rasa tersentuh. Terus teringat masa isteri bersalin dulu. Saya kata, Ya Allah kenapa dia buat macam tu,” kata Azri sewaktu dihubungi mStar.
Menurut Azri lagi, dia tidak berniat membuka 4ib lelaki itu sebaliknya berkongsi kisah ini untuk peringatan bersama.
Malah, dia juga tidak mahu membuat sebarang andaian memandangkan tidak mengetahui apa yang sebenarnya dilalui pasangan itu.
“Dia pun manusia, tak boleh nak cakap lebih sebab kita tak tahu. Saya pun tak nak buka aib dia, tapi biarlah orang di luar sana ambil pengajaran.

Sebahagian posting Azri di Facebook.
“Kita tak benci dia tapi benci perbuatan dia. Kita ambil contoh kes yang ker4t bini tu, sampai tahap di luar jangkaan.
“Yang ni depan orang ramai pun boleh maki, apatah lagi kat rumah. Apa-apa pun, kita berbalik kepada Allah, ambillah kisah ini sebagai pengajaran,” katanya lagi.
Azri merupakan bapa kepada seorang cahaya mata dan isterinya dijangka melahirkan zuriat kedua mereka pada awal tahun depan.
Perkongsian kisah itu di Facebook Azri turut menerima reaksi luar biasa apabila ia dikongsi lebih 10,000 netizen.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati mereka atas nasib yang menimpa wanita itu dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Menerusi posting Azri, dia menyatakan wanita mal4ng itu memakai stokin tebal, dipercayai masih dalam proses berpantang selepas bersalin.
sumber: mstar
Leave a Reply