PENGACARA dan penyanyi, Hunny Madu mengesahkan dia dan suami Khairul Azhar Abdul Wahid sudah berc3rai sejak Oktober tahun lalu.
Menurut Hunny, 35, dia dan bekas suami menyelesaikan urusan perc3raian setelah anak kedua mereka, Adam Musa selesai menjalani pembed4han pintasan jantung pada Julai lalu.
“Bekas suami jatvhkan talakk Oktober tahun lepas dan saya telah keluar dari rumah dan kami tinggal berasingan sejak itu tetapi hanya selepas pembedahan anak lelaki kami, Adam pada bulan Julai, kami menandatangani dokumen penc3raian. Kesihatan Adam adalah keutamaan kami pada waktu itu.
“I am happily div0rced. Saya seorang ibu tunggal kepada dua cahaya mata dan Alhamdullillah, saya baik-baik sahaja. Masih bekerja sebagai pengacara dan mungkin akan kembali menyanyi.

Kesihatan Adam juga baik selepas pembedahannya,” katanya.
Hunny membuat pendedahan itu menerusi Instagram TV miliknya pada malam Jumaat.
Bagaimanapun, beberapa jam kemudian dia mem4dam video tersebut tanpa menyatakan sebab berbuat demikian.
Dalam pada itu, Hunny berkata dia terpaksa memilihkan jalan perc3raian kerana tidak menemui kebahagian bersama bekas suami.
Malah, dia turut tidak menolak kegagalan dalam komunikasi menjadi penyebab jodoh mereka tidak panjang.
“Saya tidak mahu bila umur saya 55 atau 60 tahun, saya masih hidup dalam perkahwinan yang tidak bahagia. Tidak bercuti bersama-sama, tak buat aktiviti bersama-sama… masing-masing hidup dalam dunia kami sendiri.
“Sudah bertahun-tahun sebenarnya saya rasa tidak bahagia dan saya kerap bayangkan di hari tua, kami hidup dalam dunia yang berlainan walaupun duduk serumah tetapi tak berkomunikasi antara satu sama lain.

Hunny beri tumpuan terhadap kesihatan anak terlebih dahulu.
“Perkahwinan ibu bapa saya bahagia dan mereka sangat rapat dan itu yang saya idamkan untuk diri saya sendiri. Mungkin satu hari nanti saya akan jumpa orang yang sesuai dengan saya, yang lebih baik untuk saya,” katanya.
Hunny atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd Hatim mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar pada tahun 2010.
Selain Adam Musa yang dilahirkan pada tahun 2017, mereka turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Eva Medina yang kini berusia enam tahun.
Adam menghidap penyakit jantung kompleks, Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan.
sumber: mstar
Leave a Reply