“Paling steady…”- Dedah ada kancil saja, Black Hanifah bersyukur

Penyanyi dikenali Black Hanifah, sememangnya bakat selebriti ini dalam industri hiburan tanah air tidak dinafikan hebat dan dia merupakan diantara selebriti yang bukan calang-calang.

Malah, sudah beberapa buah lagu dapat dilihat suaranya berbeza dan mempunyai power yang tersendiri. Meskipun, Black Hanifah ini merupakan selebriti popular dan tidak perlu lagi diperkenalkan namun sikap merendah dirinya membuatkan netizen semakin meminatinya.

 


Terbaru pula, Black Hanifah mendedahkan dirinya mempunyai sebuah kancil. Menerusi perkongsian foto, kancil putih dimiliki Black Hanifah membuatkan dia tetap bersyukur.

 

“Abang ade kancil je dik… Alhamdulillah… abang bersyukur…” tulis penyanyi ini menerusi Instagram.

 


Bagaimanapun, rata-rata peminatnya memberikan maklum balas positif buat Black Hanifah. Ada yang mengatakan ia kereta
legend dan sememangnya memudahkan ketika parking kereta.

Ternyata, perkongsian Black Hanifah ini meraih perhatian peminat dan pengikut yang turut ada memujinya yang mempunyai sikap sempoi.

Dalam pada itu, rakan selebriti yang dilihat rapat dengan penyanyi ini turut meninggalkan komen mengenai kereta berkenaan.

Kancil power

 

Saya pun drive kancil…lejen senang parking

 

Rare kancil ko ni

Sempoi la bang

 

Bukan kaleng-kaleng 

Black atau nama sebenarnya Mohd Hanifah Md Hanafiah kini sudah memiliki dua orang anak manakala anak sulungnya dikenali sebagai Dayyan merupakan diantara anak selebriti yang sangat popular dalam industri hiburan tanah air.

Sumber: Black Hanifah

Kredit: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*