Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap insan yang bergelar ibu bapa untuk berkongsi pengalaman menghantar anak di hari pertama sesi persekolahan.
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal misalnya turut berkongsi foto ketika menghantar anak-anak ke sekolah.
“1st day school. Ayah doakan kamu berdua menjadi anak yg soleh&solehah serta menjadi hafiz dan hafizah suatu hari nanti, amin,” tulisnya.


Selain dikurniakan cahaya mata pada awal Disember lalu, Wawa Zainal juga mempunyai dua orang cahaya mata yang mana turut popular sepertinya, Attar dan Hayla.
Kongsi, Wawa Zainal hari ini anak lelaki sulungnya sudah memasuki persekolahan darjah 1 dan dia berkongsikan moment berkenaan.
Perkongsian Wawa Zainal tentang menghantar anaknya sebentar tadi juga telah meraih lebih 40,000 tanda suka dalam masa satu jam sahaja. Rata-rata mendoakan yang terbaik buat kedua anak selebriti ini.
Bagaimanapun, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu meluahkan rasa apabila menerima kritikan netizen mengenai perkongsiannya itu di media sosial.
“Niat nak upload buat kenangan je, haha sekali ambik kau,” tulis Aeril lagi.
Niat nak upload buat kenangan je…
haha sekali ambik kau😅😅 pic.twitter.com/V8C8cyju9b— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) January 3, 2020
Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Cari Aku Di Syurga ini mendapat reaksi yang pelbagai peminat.

Sekadar informasi, Aeril mendirikan rumah tangga bersama Wawa pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 dan Ayya Soffya yang dilahirkan 1 Disember lalu.
Foto: Twitter Aeril Zafrel
Kredit: MH
Leave a Reply