Kalau tengok gambar masa kecil, mesti ramai yang tidak akan menyangka anak kecil ini membesar menjadi seorang wanita yang jelita.

Itulah gambar yang dikongsi oleh Wawa Zainal di Instagram ketika dia masih kecil.
“Dulu masa kecik sampai la 9 tahun macam tu I boyish. Tanak pakai baju perempuan.
“Nasib baik insaf cepat kalau tak… tak kawin dengan Aeril Zafrel,” seloroh Wawa pada entri tersebut.



Rata-rata peminat menyamakan wajah Wawa waktu kecil seperti wajah anak perempuannya, Hayla dan tidak kurang juga yang menyamakannya dengan anak lelakinya Attar.

Wawa Zainal yang berkahwin dengan Aeril Zafrel pada 2013 dikurniakan tiga orang cahaya mata, Ahmad Fakhtaruddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa dan Aya Soffya
Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang baru saja menimang cahaya mata ketiga mereka. Wawa selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Andorra Women & Children Hospital.
Berita gembira itu diumumkan oleh Aeril sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto isterinya sedang mendakap bayi mereka. Detik tersebut sememangnya amat bermakna bagi pasangan tersebut.
Kredit Gambar: Instagram/ Gempak
kredit: khalifah kini
Leave a Reply