“Comelnya Lofa Jr Nak Pergi Sekolah” – Netizen

Tahun baru 2020 baru sahaja bermula, semangat anak-anak untuk ke sekolah juga terlihat sama. Kemasukan anak ke sekolah pada tahun ini nampaknya amat menggalakkan dan banyak juga kisah-kisah comel mereka yang t4kut untuk ke sekolah dan berjumpa dengan kawan baharu. Ibu bapa juga harus juga pada masa ini, bertungkus lumus menyiapkan keperluan anak-anak untuk mereka mendapat didikan yang terbaik di sekolah masing-masing.

Ramai anak selebriti terkenal seperti Aeril dan Wawa Zainal yang menghantar anak mereka ke sekolah dan juga ramai ibu bapa diluar sana yang meraikan persekolahan anak mereka pada hari pertama persekolahan baru2 ini.

 

Seperti juga kanak-kanak comel seiras Neelofa, Che Naura Auni, beliau juga punyai semangat berkobar untuk ke sekolah. Anak kecil yang berasal dari Kelantan itu berkongsi gambar beliau bersama rakannya bersedia untuk ke sekolah.

 

Dikatakan tahun ini adalah tahun kedua beliau bersekolah. Ramai netizen sangat geram dengan kecomelan adik Naura dan ada juga memanggilnya Lofa Jr.

 

Menurut kongsian di ig beliau juga, dikatakan tiada ‘drama air mata’ buat Naura ketika hari pertama persekolahannya untuk tahun 2020 ini.

 

Sudah semua ketahui, adik Naura dikenali apabila beliau dapat bertemu dengan Neelofa di set penggambaran rancangan tv Meletop baru-baru ini dan semua termasuk Neelofa sangat teruja melihat persamaan beliau dengan Neelofa.

 

Dalam perkembangan terbaru beliau, menurut ayahnya, beliau sudah punyai youtube channel sendiri bernama Naura Auni.

Semoga Adik Naura belajar bersungguh-sungguh dan menjadi wanita yang berjaya pada satu masa kelak.

Sumber : ig nauraboniey via i.viral

Kredit: GempakOnline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*