PELAWAK popular Ajak Shiro bersyukur adiknya Mohd Fitri Razak, 30, yang melecvr tahap dua akibat kem4langan di tempat kerja kelmarin kini berada dalam keadaan lebih baik.
Ajak berkata, keced3raan adiknya agak membimbangkan, namun dia lega selepas adiknya sudah mendapat rawatan rapi untuk proses pemulihan sepenuhnya.
“Alhamdulillah, keadaan dia kini stabil dan sudah dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
“Kulit yang terb4kar juga sudah dibuang. Saya juga bersyukur kerana dia kini sudah boleh bercakap,” katanya.

Ajak mengakui, dia menangis apabila dalam keadaan kesak1tan Mohd Fitri sempat memohon maaf kerana mengganggu persiapannya menjelang final Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) yang berlangsung semalam.
“Apabila saya melawatnya semalam, dia menangis meminta maaf daripada saya. Dia memohon maaf kerana mengusutkan fikiran saya sebelum final MLM2019.
“Saya dengar suara dia, saya terus menangis. Waktu itu, saya rasa final saya tak penting langsung dan Pak Ya serta Ropie pun sokong untuk saya utamakan dulu urusan mengenai adik saya,” katanya.
Semalam, Harian Metro melaporkan Mohd Fitri melecvr tahap dua selepas silinder gas meletvp di tempat kerjanya di Pelabuhan Klang, jam 3.40 petang kelmarin.
Ajak berkongsi adiknya menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur.
Terdahulu, Ajak memuat naik gambar adiknya yang dirawat di hosp1tal akibat kem4langan itu.
Sumber: Metro Online
Leave a Reply