Bagi korang yang familiar dengan Tik Tok, korang mesti kenal dengan seorang bos Cina yang sentiasa viral dengan video Tik Toknya yang menggunakan Bahasa Malaysia.
Baru-baru ni, bos Cina tersebut memuat naik video Tik Tok terbaru yang menyentuh hati netizen ramai di Twitter. Fuh respect lah bos macam ni!
“Alhamdulillah rezeki pakcik”
Menerusi video tersebut, lelaki Cina bernama Khiu ni telah menjemput seorang pekerjanya yang berbangsa Melayu dan bertanya apakah impian lelaki tersebut dan adakah dia ingin pergi ke Makkah.
Khiu kemudian membuat kejutan dengan memberi hadiah pakej umrah buat pakcik tersebut. Alahai sebak pulak admin tengok…
Pakcik itu di hujung video mengucapkan terima kasih kepada Khiu dan sentiasa mendoakan kebaikan kepada bosnya.
Akhirnya rezeki pakcik. Alhamdulillah pic.twitter.com/GwppJbId3u
— Pasad (@MOFASAD) January 20, 2020
“Siapa bos Cina tu?”
Korang mungkin kenal video-video Tik Toknya tapi tak ramai yang tahu Khiu ni sebenarnya bos besar bagi syarikat MK Curtain yang terlibat dalam industri menjual langsir.
Menerusi siasatan netizen, Khiu ni mempunyai lebih 300 pekerja dan mempunyai pendapatan sebanyak RM40 juta pada tahun 2016 lalu. Fuh hebat! Sempat lagi dia main Tik Tok ye!

Sumber: Twitter
“Nanti aku dah kerja, aku harap aku dapat bos baik macam ni”
Video ini telah mendapat pujian rata-rata netizen yang sangat suka dengan sikap bos tersebut. Beruntunglah pakcik dapat majikan yang baik hati. Bukan senang tau nak dapat majikan macam tu zaman sekarang ni.

Sumber: Twitter
Sebelum ini, rata-rata pengikut khiu19 hanya merasakan beliau hanyalah video creator untuk akaun miliknya yang pernah tampil dengan kereta mewah dalam videonya. Akan tetapi, identiti sebenarnya mengejutkan ramai pihak.
Sebenarnya beliau adalah Dato’ Calvin Khiu, CEO MK Curtain. Anda pasti terkejut, bukan? Malah, bagi yang mengenali beliau cukup kagum dengan beliau dan mengatakan beliau sering mendapat ‘award’.

Siapa sangka pemilik syarikat besar seperti MK Curtain memiliki akaun TikTok? Pastinya ini juga satu boleh dikatakan satu marketing yang bagus dan ‘fresh’ oleh satu syarikat besar.
Adakah anda juga kagum beliau? Sementara itu, Perak dikhabarkan akan menggunakan TikTok sebagai medium untuk promosikan negeri mereka.
Apa-apapun min doakan semoga umrah pakcik ni dipermudahkan dan semoga En Khiu ni terus buat Tik Tok yang lebih inspirational lepas ni.
Sumber: lobakmerah via thevocket
Leave a Reply