“Heaven weh!”- Mulai Jun 2020, Tiada Lagi Pegawai JPJ Duduk Sebelah Calon Ujian Memandu

Bermula Jun depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Sistem Latihan dan Ujian Memandu Automatik (e-testing) di semuan institut memandu seluruh negara.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata melalui sistem tersebut, pengukuran prestasi calon akan dijalankan secara elektronik malah keputusan ujian juga akan dijana secara berkomputer, lapor Sinar Harian.

Segala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memandu (IM) terbabit.

 

Gambar hiasan

Apabila dilaksanakan sistem ini, tiada lagi pegawai JPJ di dalam kenderaan bersama calon,”

“Pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon.”

Katanya, ia bukan hanya memudahkan calon tapi yang lebih penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ dalam kenderaan sekaligus berupaya meningkatkan integriti jabatan tersebut.

Sebagai permulaan, tiga institut memandu di Johor dipilih sebagai projek rintis sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara Jun depan.

“Untuk mengambil ujian memandu calon perlu melalui tiga peringkat iaitu, belajar dalam kelas, di litar dan di jalan raya. Untuk sesi pembelajaran di dalam kelas dan di jalan raya tiada perubahan. Cuma sesi belajar di dalam litar sahaja ada sedikit perubahan iaitu pegawai dan calon tidak akan duduk sekali di dalam kereta.

“Sekiranya calon yang sedang diuji terlanggar tiang atau melakukan sebarang kesalahan lain, pegawai akan terus nampak di dalam bilik kawalan terbabit. Arahan juga akan diberikan terus kepada calon di dalam kereta.

“Jadi ia secara tidak langsung dapat mengelakkan calon dan pegawai yang ditugaskan untuk berurusan secara terus serta mengelakkan sebarang isu kritikal daripada terjadi,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan JPJ, di Kementerian Pengangkutan, di sini hari ini.

Shaharuddin berkata sebelum ini pihaknya sudah melakukan projek perintis di empat IM terpilih yang dikategorikan sebagai kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman sebelum membuat keputusan memperluaskannya di seluruh negara.

Hingga kini sebanyak 145 IM layak untuk ditawarkan bagi membuat e-testing, daripada jumlah terbabit sebanyak 122 institut sudah memohon untuk membuka pusat ujian berkomputer itu di premis masing masing.

Wah! Huntonglah calon lepas ni tak payah duduk sebelah pegawai JPJ.

 

Sumber: lobakmerah via metro online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*