Siapa menyangka dengan kuasa viral, impian adik comel atau nama sebenarnya Che Naura Auni Che Fahdlullah menjadi kenyataan apabila akhirnya dia dapat bertemu dengan selebriti terkenal, Neelofa.
Adik ini semakin tular apabila dikatakan memiliki iras selebriti berkenaan dan telah dipertemukan menerusi rancangan Meletop.

Bagaimanapun, menurut mStar bapanya Che Fahdlullah, 32, akui sukar untuk percaya impian anaknya yang berusia 5 tahun menjadi kenyataan.
Dedahnya juga, Naura selalu berbual mengenai Neelofa dengan mengatakan mahu berjumpa dan beraya dirumah pengacara Meletop itu. Namun begitu, apabila mendapat jemputan tersebut dia menganggap ia rezeki kerana anaknya juga selalu menyebut.
“Dia memang gembira. Masa dalam kereta lepas balik dari program itu, dia cakap seronok dapat jumpa Neelofa. Sampai rumah pun dia bercerita hal sama pada sepupu-sepupunya”
Che Fahdullah menerusi sumber juga bersyukur dengan peluang berkenaan dan dia juga terbuka sekiranya ada pihak yang ingin memberikan tawaran buat anaknya dalam bidang seni.
“Saya pun bukan kerja bagus, kerja kilang sahaja. Kalau ada orang bagi tawaran berlakon, jadi model atau iklan, saya tak tolak.

Meskipun begitu, dia berkata jangan sampai menjejaskan anaknya kerana masih kecil namun menganggap ia rezeki sekaligus untuk simpanan masa depan Naura.
Mengulas lanjut tentang wajah anaknya yang dikatakan kembar Neelofa, dia sukar untuk percaya pada mulanya.
“Mula-mula saya macam tak percaya. Nak mengaku nanti orang cakap perasan. Jadi saya post macam biasa di Facebook” Ujarnya.



Sumber: mStar
Kredit: HCL
Leave a Reply