“Gabungan Wajah Tiga Beradik” – Vie Shanti Selamat Bersal1n, Tersentvh Saat Mereka Melihat Adik VR Kali Pertama.

Tiada siapa dapat menduga apa yang akan berlaku pada tahun 2020 ini. Yang pasti, sama ada pahit atau manis seharusnya kita telan kesemuanya. Ada sahaja yang akan berdukacita, ada juga yang akan rasa bahagia. Yang pasti satu keluarga pengasas Vhijrah, Vie Shantie Khan, sekarang sedang dalam bahagia menerima khabar berita gembira dari Illahi.

Pada 2 Januari 2020 adalah tarikh bahagia Vie Shantie apabila beliau selamat melahirkan anak keempatnya di hspital.

 


“Syukur Alhamdulillah.. Segala puji hanya bagi Allah SWT. Dihari Jumaat yang penuh berkah ini, saya ingin berkongsikan khabar gembira bahawa semalam pada 02.01.2020 saya telah pun selamat melahirkan ‘Baby Girl’ seberat 2.54KG pada jam 11:00 pagi.

 

Air mata gembira dari Kak Vie Zaara, Abang Zareef Yusof dan Kakak Vie Zaalia sangat menyentuh hati Mumy apabila kali pertama mereka bertentang mata melihat Adik VR lahir dengan sempurna.

Mempunyai gabungan wajah dari mereka tiga-beradik, menjadikan satu hspital riuh-rendah dengan suara ‘excitednya’ yang tidak boleh disembunyikan lagi. Rasa bersyukur dan terharu melihat kedatangan keluarga terutama adik-beradik saya dan rakan-rakan yang tidak putus-putus mengirimkan ucapan tahniah kepada saya dan suami sejak dari semalam.

Terima Kasih saya ucapkan untuk semua doa-doakan kalian.. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya dengan kebaikan, Salam penuh barokah di hari Jumaat pertama di tahun baru 2020 kepada semua K4um Musl1min dan Musl1man sekalian.. Semoga hari ini dan hari-hari akan datang kita semua terus berada dalam Rahmat dan perlindungan Allah SWT, inshaa Allah. Luah Vie Shantie dalam laman instagramnya.

Dalam kapsyen beliau itu, terlihat beliau berkongsi huruf pertama untuk bayinya comel itu.

Dalam ruang komen pula, kelihatan ramai rakan artis mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi perempuan itu.

 

Ada juga rakan artis yang berkongsi saat anak-anak Vie Shantie mengejar adik mereka yang baru lahir itu ketika disorong oleh jururawat di hspital tersebut.

 

Semoga Vie Shantie menempuh hari berpantang dengan sabar dan tenang.

Sumber : ig vieshantiekhan, i.viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*