Jangan Ziarah Kubur Pada Raya Tahun Ini

Setiap tahun pada hari raya sudah menjadi kebiasaan sekalian orang muslim untuk menziarahi kubur ahli keluarga terdekat dan juga mendoakan serta membacakan yasin.

Tetapi disebabkan C0VID 19 orang ramai tidak dibenarkan melawat makam diraja atau tanah perkuburan islam sepanjang Aidilfitri, sebelum atau selepas solat sunat aidilfitri bagi negeri selangor.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata, ketetapan larangan tersebut dibuat seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri.

“Mereka yang berhasrat untuk menziarahi kubur arwah dalam tempoh ini bolehlah digantikan dengan amalan bacaan tahlil, zikir dan doa di kediaman masing-masing untuk dihadiahkan pahalanya kepada arwah kaum keluarga dan kerabat yang telah kembali ke Rahmatullah.

“Pengurus atau pihak yang menguruskan makam diraja atau tanah perkuburan Islam di negeri Selangor hendaklah membantu JAIS dalam memastikan ketetapan ini dipatuhi oleh semua pihak.

“Tempoh masa kuatkuasa bagi ketetapan ini tertakluk kepada satu siaran yang akan dikeluarkan oleh JAIS kemudian,” jelas kenyataan tersebut.

Walaupun tak dapat melawat ahli keluarga di kubur, jangan bersedih kita masih boleh membacakan mereka yasin dan menyedekahkan amalan serta mendoakan mereka di rumah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*