Wanita Positif C0VID 19 Setelah Pulang Ke Kampung Untuk Bersalin

Mungkin ada yang tertanya kenapa kerajaan tidak membenarkan kita Rakyat Malaysia pulang ke kampung pada hari raya Aidilfitri. Padahal kita sihat walafiat dah 2 bulan duduk di rumah masing masing.

Kejadian yang berlaku kepada wanita ini mungkin menjawab persoalan anda kenapa kita perlu stay at home walaupun hari raya berlangsung. Seorang wanita yang mengandung telah disahkan positif C0VID 19 ketika cuba pulang ke kampung halaman dari kuala krai untuk bersalin anak yang kedua. Dikhabarkan dia telah pulang dari ampang  ke kampung sungai durian di kuala krai pada 15 mei lalu

Wanita berusia 30 tahun itu pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan sudah masuk minggu yang ke 35. Pesakit wanita ini tidak mempunyai tanda seperti demam atau batuk yang menyebabkan dia bebas bergerak kemana sahaja.  20 individu telah dikuarantin termasuk ahli keluarga dan kakitangan klinik kesihatan.

Kelantan merupakan greenzone selama lebih sebulan dan bebas C0VID 19, tetapi telah kembali mencatatkan satu lagi kes terbaharu di Kuala Krai.

Sebab itu lah diharap semua orang dapat bertenang, jangan terburu buru balik ke kampung. Walaupun nampak sihat tapi belum tentu kita ni sihat sepenuhnya. Sabar lah dan tunggulah sehingga kerajaan membenarkan kita untuk pulang ke kampung. Sewaktu itu jenguklah family tercinta di kampung. Selamat menyambut hari raya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*