Abang Bomba Turun Ke Laut Untuk Selamatkan Anak Kucing

Kita banyak mendengar kisah abang bomba menyelamatkan haiwan seperti kucing yang tersangkut atas pokok, termasuk dalam kereta dan pelbagai usaha mulia mereka.

Tetapi kes yang terjadi ini agak rare apabila anggota bomba telah bergegas ke Jalan Sultan Ibrahim berhampiran parkir Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 16 mei yang lalu.

Seorang pengawal keselamatkan yang sedang bertugas ketika itu mendengar bunyi kucing sedang meminta pertolongan, dia yang bernama zulbakri berumur 29 tahun telah cuba menyelamatkan kucing tersebut dan mengambil masa lebih kurang satu jam untuk menyelamatkannya. Tetapi tidak berjaya kerana anak kucing berusia tiga bulan itu berpaut pada tiang

Mereka anggota bomba telah ke sana apabila menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.14 pagi. Sebanyak 9 anggota telah bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya mereka sampai di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati seekor kucing telah terjatuh ke dalam laut daripada ketinggian lebih kurang lima meter. Mereka telah melakukan usaha menyelamatkan anak kucing itu dengan menggunakan tali dan berjaya mengangkat kucing tersebut. Usaha mereka berjaya dan operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 11.45 pagi.

Kucing itu bukan haiwan peliharaannya, tetapi disebabkan kucing itu sering bermain di tempat nya bertugas maka dia telah diberi nama Melor.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*