“Malam Tahun Baru tu Masih Slim, Ni Dah Gem0k Pulak. Lajunya Bang Ijoy” – Ramai Usik Shiera Kongsi Gambar Throwback Mengandvng

Perkongsian pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah di Instagramnya ketika dia sedang mengandung mengundang pelbagai reaksi daripada rakan-rakan artis dan netizen.

Shahirah yang menggunakan Instagram shieraijoy menggabungkan namanya dan nama suami mendapat pelbagai komen nakal dan mengusik apabila dia memuat naik sekeping gambar sedang sarat mengandung.

Dalam keadaan duduk, foto yang dirakam di sebuah jenama mewah itu mendapat perhatian ramai.

“Gambar dulu kalau mengandung ni banyak air. Kusmangat. Anak Ijoy betulla. Masa ni jalan seret, lain tak bengkak perut je.

 

“4 kilo je katanya. Ada orang lebih 4 kilo lebih comelnya perut. Sampai sekarang lemak bertakung. Rasa nak toreh lembek dia,” tulis Shira sebagai caption untuk gambar tersebut.

 

Bukan itu sahaja, perkongsian bintang berusia 45 tahun itu mendapat perhatian daripada peminat dan rakan artis.

Malah, ada di antara komen yang mengusik sama ada bintang ini rindu untuk hamil lagi dan ada di antara reaksi mendapat respon tuan badan.

“Kakak mengandung berseri sangat-sangat,” puji Rebecca Nur Islam.

“Saya ingatkan kak mengandung lagi.. hehehe,” usik @azadsyazirarose.

“Rindu nak mengandung lagi ke kak?” tanya Feeya Iskandar.

“Mengandung dapat sandal mahal tak apa kak,” usik Suraya Borhan.

Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 22.

Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2

 

Kredit Gambar: Instagram @shieraijoy

Kredit: Gempak via MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*