‘Ingatkan dah tak dapat berlakon lagi’ –Mia Sara dedah pernah terteekan bila kerjaya seninya merundum

KUALA LUMPUR: Pelakon Mia Sara Nasuha, 14, mengakui pernah tert3kan apabila perjalanan kerjaya seninya semakin mervdum selepas lama tidak menerima tawaran berlakon.

Mia berkata, dia tertekan bukan disebabkan kehilangan punca pendapatan, sebaliknya terkilan kerana tidak dapat memenuhi minatnya dalam bidang seni.

“Disebabkan tiada tawaran, saya pernah terfikir mungkin tidak akan mendapat peluang berlakon lagi. Perkara itu membuatkan saya tert3kan.

“Lakonan sudah menjadi sebahagian daripada diri dan saya rasa sangat kosong apabila tidak ke lokasi penggambaran. Susah untuk saya jelaskan perasaan itu,” katanya.

Mia yang membabitkan diri dalam dunia lakonan sejak kecil berkata, dia juga pernah terfikir kemungkinan dirinya tidak lagi dikenali dan diingati peminat.

Namun, melihat pertambahan jumlah pengikut di laman sosial, Instagram yang meningkat dan kini mencecah 1.8 juta, perasaan itu mula hilang.

 

 

View this post on Instagram

 

Salam semua. Jom kita gi ngaji 🤨 . . . #miayoutube #miasara #miasaranasuha

A post shared by Mia Sara Nasuha (@therealmiasara) on

“Saya perlu menjaga hubungan dengan peminat. Disebabkan tiada tawaran berlakon, saya hiburkan mereka dengan memuat naik pelbagai video aktiviti harian.

“Dari situ, peminat dapat mengenali saya dengan lebih dekat, selain berpeluang melihat sisi berbeza saya. Ingatkan mereka sudah lupa, tetapi ramai pula yang memberikan maklum balas positif,” katanya.

Mia Sara yang pernah membintangi filem Sekali Lagi dan Papa, I Love You bagaimanapun, bersyukur apabila kebelakangan ini, dia mula menerima tawaran berlakon.

 

 

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah dapat menimba ilmu dgn Ustaz Don. Terima kasih Ustaz ajar Mia. Mia ingat dan akan cuba praktik kan apa yg ustaz ajar tadi ya 😊 . . . #mengajioasis #miayoutube #miasara #miasaranasuha

A post shared by Mia Sara Nasuha (@therealmiasara) on

 

“Alhamdulillah, tawaran sudah mula datang. Mungkin tidak banyak seperti dulu, sekurang-kurangnya dapat juga mengubat kerinduan untuk berlakon.

“Terbaru, saya membabitkan diri dengan drama Salam Squad untuk siaran sempena Ramadan dan raya nanti. Saya harap ia menjadi permulaan untuk saya kembali aktif seperti dahulu,” katanya.

wajah terkini :

 

 

Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan (lahir 30 September 2005) ialah seorang pelakon kanak-kanak Malaysia.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariResepi

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*