“Nah Sekali Godek-Godek Barang, Terjumpa Pulak Puting Yang ni.,” – Perkongsian Abam Buat Ramai Geli Hati

Pelawak, Abam Bocey, mengakui tidak pernah melakukan sebarang pemeriksaan jantina sepanjang kehamilan pertama isterinya, Siti Norhidayah.

Perkara itu didedahkan pelawak berkenaan menerusi entri di Instagram, semalam.

 

“Bila masa mengandung tak scan. Jadi main beli aje barang nye. Nah sekali godek godek barang terjumpa pulak puting yg ni.

“Haihhh. Lain macam ayahanda tgk. Hahahaha jadi lah nak,” tulisnya.

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut rasa terhibur dengan foto dikongsikan. Malah mereka turut mendoakan kesihatan anak pertamanya itu.

Untuk rekod, Abam mendirikan rumah tangga bersama Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017 dan mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, 14 Jun lalu.

Foto: Instagram Abam Bocey

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariResepi

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*