Seorang suami dikatakan netizen hanya tahu komplen mempunyai isteri yang tak cantik dan anak tak comel seolah-olah seperti tidak bersyukur dengan semua anugerah dan pemberian Allah itu kepadanya, insaflah.
Yang ini kisah lain dari member.
Nama aku Shaii nak minta pendapat tapi janganlah kondem habis k. Aku seorang lelaki yang good looking memang boleh tahan jugalah orangnya. Tapi isteri aku ni tak cantik. Kami punya anak dah nak 6 orang setakat ni tapi semuanya anak2 tiada yang comel atau cantik/hensem.
Bukan nak hina ciptaan Allah. Tapi hati tu terdetik kenapa anak2 sikit pun tiada rupa. Mungkin sebab ibunya?? Hmmm aku jeles bila tengok member2 lain duk post gambar anak2 kat fb yang comel2.
Rasa sangat-sangat bersalah sebab aku jadi tak suka post gambar anak kat fb. Apa lagi nak upload gambar isteri. Aku cuba nak terima kenyataan juga tapi hati manusia ni banyak sangat nak fikir.
Jadi sebenarnya penting juga kahwin dengan org yang ada rupa ni kan…??? Mungkin sebab aku terlalu dipuji orang hingga menjadi riak. Dan semua mesti perfect tapi Allah tak bagi. Dugaan apa ka ini. Paling sedih bila nak ke majlis2 member tanya anak ka bro?? Tak serupa pun.
Aku dah faham dan masak ayat tu. Tapi bila aku jalan dengan wife pulak orang tak tanya sebab dah nampak muka bini tu macam muka anak.
Hmmmm. Bini aku ni pun satu hal dah tau diri tu tak cantik berabis pulak nak cantikkan diri sampaikan make up nya macam donut bertepung. Hakikatnya orang cantik juga yang terbaik kan sebab tiada effort untuk kelihatan cantik kan. Jadi macam mana ni?
Berikutnya adalah beberapa komen netizen yang turut memberikan pendapat mereka bahawa lelaki terbabit dan cintanya hanyalah berlandaskan kepada paras rupa bukannya dari hati dan perasaan yang ikhlas.
Sumber: Kisah Rumah Tangga
Leave a Reply