PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Issey Fazlisham meluahkan berang apabila seorang individu bertanyakan soalan rumah pusaka peninggalan Allahyarham ibunya iaitu Asiah Haron.
Berdasarkan paparan skrin aplikasi Whatsapp yang dimuat naik, individu berkenaan bertanya soalan sekiranya Issey berhasrat untuk menjual rumah pusaka peninggalan ibunya itu.
Salam Issey… rumah arwah tu ada plan apa-apa?
“Kekal atau jual?,” soal individu berkenaan.
Seminggu kehilangan ibu, Issey berang ditanya mengenai rumah pusaka “Soalan bodoh daripada orang cerdik”.
Terkilan dengan pertanyaan itu, Issey menyifatkan soalan yang diajukan kepadanya itu sebagai bodoh.

Antara paparan skrin yang dimuat naik Issey di Instagram.
Terdahulu, Issey menerusi laman Instagramnya memaklumkan kehilangan ibunya, Asiah Haron, 62, yang meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
Ibunya meninggal kira-kira pukul 3.40 petang, Selasa kerana serangan jantung.
sumber: mstar
Leave a Reply