Amira turut memberitahu, rakan artis iaitu penyanyi Wany Hasrita, 26, juga bersamanya dalam satu penerbangan.
“Memang betul-betul ajaib cerita kami ke haji ini tapi semua Allah atur.
“Mohon doa kami selamat pergi dan selamat pulang,” itu kata-kata penyanyi Amira Othman, 25, sebelum berlepas ke Tanah Suci Mekah, petang tadi.

“Saya mohon doa untuk kami selamat, dipermudahkan urusan, mendapat haji yang mabrur,” tulis penyanyi yang popular dengan lagu Hati-hati ini dalam akaun Instagram miliknya, beberapa jam sebelum berangkat.
Dua penyanyi muda,ini akan menunaikan rukun Islam yang kelima itu selepas menerima jemputan istimewa daripada kerajaan Arab Saudi.
Mereka dijadualkan kembali ke tanah air pada 16 Ogos ini. – MHE TV
Leave a Reply