Selepas Menang Anugerah Artis Wanita Baharu Popular ABPH, Ini Kata Kata P3das Haneesya Hanee keluarkan

‘Terima kasih haters,” kata model dan pelakon Haneesya Hanee sejurus ditemui diumumkan sebagai artis wanita baharu popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32).

 

 

Tambah gadis berusia 19 tahun ini, dia menghargai setiap komen diterima oleh netizen.

“Walaupun sering dihentam di laman sosial, saya berterima kasih kepada mereka yang memang kewujudan saya di dalam industri.

“Hadiah ini untuk mereka. Kepada yang membenci saya, terima kasih kerana tanpa anda saya tidak mungkin berada di sini,” katanya.

 

 

Dalam masa sama, Hanee juga berharap namanya tidak lagi dikaitkan dengan berita sensasi sebaliknya fokus kepada kerjaya seni.

Katanya, peminat bukan hanya yakin terhadap bakat, malah mempercayai kredibilitinya untuk melangkah jauh sebagai pelakon.

“Sepanjang lima tahun bertapak, banyak laluan berliku yang saya tempuh hingga pernah mengundurkan diri seketika. Sokongan peminat membuatkan saya kembali mencuba nasib dalam bidang seni.

“Dalam tempoh setahun kebelakangan ini, saya mula diamanahkan membawa watak yang membuka mata ramai. Semua ini adalah berkat sokongan mereka yang percaya terhadap bakat saya,” katanya.

 

 

Adam, 25, menceburi dunia lakonan pada usia 19 tahun dan dikenali menerusi watak utama dalam drama bersiri, Adam Cempaka yang disiarkan di TV3 pada Ramadan lalu.

Sebelum itu, Adam pernah membintangi drama rantaian, Lara Aishah, selain membintangi filem seram, Ia Wujud yang ditayangkan pada 2014.

Dalam persaingan itu, Adam yang juga sepupu kepada pelakon dan pengacara, Janna Nick mengetepikan saingan daripada Afieq Shazwan, Iswan Ismail, Raja Atiq dan Ryan Deedat.

 

Sumber : XTRA / BHARIAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*