Sebentar tadi telah berlangsungnya anugerah paling berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 32) di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Anugerah kali ini menyaksikan pelakon Mira Filzah merangkul Anugerah Bintang Popular edisi ke-32.
Jika tahun lalu, penyanyi muda yang berbakat besar iaitu Wany Hasrita mengejutkan industri hiburan tanah air apabila dia berjaya merangkul Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang ke 31.
Bagaimanapun, tidak disangkakan pada tahun ini ABPBH pelakon yang sudah cukup dikenali ramai,Mira Filzah pula dinobat Anugerah Bintang Paling Popular kali ini.
Mira Filzah telah berjaya mendapat kira-kira 6 juta undian untuk kategori tersebut. Di sini, kami kongsikan senarai penuh pemenang bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan di ABPBH. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Sementara itu,bagi kategori Artis Baharu Popular pula dirangkul oleh Haneesya Hanee dan Adam Lee. Manakala, pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak muncul sebagai pemenang bagi Anugerah Artis Komedi Popular.
Senarai pemenang:

Tahniah diucapkan, namun pelakon yang merangkul Bintang Paling Popular ABPBH 32, Mira juga memenangi dua Anugerah lain.
sumber: HCL via Ohbulan
Leave a Reply