“Dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya” – Jumpa resit hotel, suami nurse cvrang dedah der1ta 8 bulan

PEMUDA yang membelasah seorang doktor selepas kant0i cvrang dengan isterinya tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai insiden itu.

Pemuda tersebut, Aiman Ariff Ahmad Amirudin berkata dia bertindak memukul doktor tersebut selepas amaran supaya tidak lagi bertemu isterinya dikenali sebagai Intan, 28, tidak diendahkan.

“Saya belum g1la nak pvkul orang sebab saya tak pernah ada rekod jen4yah sebelum ini. Tapi siapa tak marah kalau dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya.

“Mula-mula wife cakap (doktor) masuk ke dalam rumah untuk solat… tapi takkan solat selama tiga jam? Saya juga pernah warning doktor tu pada 19 September lalu minta jangan jumpa wife saya lagi.

“Saya call dia dari Dubai. Tengok-tengok saya dapat video bukti mereka masih lagi berjumpa sehari selepas saya call dia. Apa awak rasa?” soalnya.

 

Insiden berlaku sekitar pukul 3 petang Jumaat.

 

Aiman turut menafikan dakwaan bahawa dia jenis cembvru buta dan kerap menuduh bukan-bukan terhadap isterinya.

“Dakwaan tu tak betul. Seorang suami yang jauh sentiasa akan bertanya, ambil berat isteri sebab saya tak ada di sisi dia.

“Tapi mungkin bagi dia ambil berat dan pertanyaan itu adalah trust issue. Bagi saya itu cara seorang suami menyayangi isterinya.

“Saya tak rasa ini isu jealous tetapi cvrang… isteri orang curang dengan suami orang. Mana keadilan saya seorang yang dianiaya,” katanya.

Tipulah saya tak sayang isteri saya lagi. Tapi menipu itu adalah pilihan. Jangan pernah salahkan orang lain kerana itu pilihan awak.

AIMAN ARIFF AHMAD AMIRUDIN.

Dakwa Aiman lagi, dia menyedari isterinya ada hubungan sul1t dengan doktor tersebut sejak lapan bulan lalu.

“Sejujurnya isteri saya dah cvrang dekat lapan bulan. Saya dapat tahu pun dari mak mentua saya kerana dia tidak mahu bersub4hat.

“Isteri minta cer4i sejak dari awal tahun lagi. Dia juga pernah block nombor telefon saya selama tiga bulan. Waktu tu dia sedang hangat bercinta dengan doktor tu tapi saya tak ada bukti ketika itu.

 

Paparan skrin mesej Aiman dan isterinya.

“Sebab tu saya berdiam diri dan bertanya mana salah saya. Selepas solat istikharah Alhamdulillah semua terbongkar. Saya ada semua bukti. Access card keluar masuk, video CCTV, video pengakuan mereka berdua termasuklah resit hotel,” katanya.

Ditanya apa yang dilakukan terhadap isterinya selepas hubungan sul1tnya itu terbongkar, pemuda berusia 31 tahun itu berkata dia cuma berharap agar isterinya itu insaf.

“Saya tak pukul dia. D4yus kalau lelaki pukul perempuan. Macam mana jah1l pun jangan pukvl perempuan. 

“Tipulah saya tak sayang isteri saya lagi. Tapi men1pu itu adalah pilihan. Jangan pernah salahkan orang lain kerana itu pilihan awak,” katanya.

Dalam pada itu, Aiman mengaku tindakannya menyer4ng doktor berkenaan adalah keterlaluan kerana terlalu marah.

“Saya tak cakap apa saya buat tu betul. Sebab tulah lepas pukul doktor tu saya sendiri ke balai untuk serah diri,” katanya.

 

Aiman memvkul doktor tersebut kerana tidak endah dengan amarannya sebelum ini.

Sementara itu, Aiman turut berkata bahawa adik isterinya turut menafikan mengeluarkan kenyataan mempertahankan kakaknya itu di Twitter.

“Saya dapat mesej dari adik kedua wife beritahu tidak tahu-menahu mengenai tweet yang tular di Twitter. Setahu saya dia tak ada Twitter.

“Kalau tweet tu adik dia yang buat takkan mak mentua dan adik-beradik wife mesej bagi semangat dekat saya,” katanya.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*