Usaha untuk memupuk golongan muda ke masjid ternyata berkesan apabila ketua pentadbir Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara, mencipta kelainan apabila memberi wang saku kepada pelajar yang menunaikan solat Subuh di masjid itu. Menerusi laporan Sinar Harian, idea tersebut tercetus ketika kesemua Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid mengadakan mesyuarat.

Akmal turut memberitahu bahawa sumber kewangan yang diperoleh merupakan hasil sumbangan ahli kariah dan korporat. Selain pemberian wang saku, dia turut memberitahu bahawa tujuan utama pemberian itu dilakukan adalah untuk mengajak golongan muda berkunjung ke masjid untuk bersolat dan melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah.
Sememangnya kami mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat dan badan bukan berkanun untuk terus menyuburkan program-program bermanfaat seperti ini.
Antara pengisian program dan aktiviti yang akan diadakan untuk golongan muda yang berkunjung ke masjid itu ialah program Movie Night (kisah rasul), pertandingan beyblade dan hafazan.
Reaksi netizen

Rata-rata netizen memuji usaha pengurusan Masjid Bukit Damansara dalam menarik minat golongan muda untuk berkunjung ke masjid. Netizen turut berharap masjid-masjid di kawasan lain dapat menjadikan Masjid Bukit Damansara sebagai contoh dalam usaha mengimarahkan masjid.
kredit: ohbulan
Sumber: Sinar Harian
Leave a Reply