Tak Dapat 6A, Sharifah Shahirah Tetap Bangga Kongsi Keputusan Anak

Hari ini para pelajar yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2019 sudah boleh mengambil keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing.

Sudah pasti ia akan menjadi detik bersejarah buat para pelajar sekaligus ibu bapa. Jika selalunya menjadi kebiasaan anak-anak yang mempunyai result yang cemerlang, ibu bapa dengan perasaan bangga akan mempamerkan keputusan anak-anak di laman sosial.

Ibu bapa mana yang tidak bangga setelah membesarkan anak-anak lalu dihadiahkan dengan keputusan cemerlang. Namun bagi pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, ia bukanlah satu titik akhir.

MESKIPUN keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anaknya tidaklah secemerlang pelajar lain, namun penyampai radio Suria FM, Shiera tetap berkongsi sijil keputusan itu di Instagram.

Shiera atau nama sebenar Sharifah Shahira berkata tiada apa yang perlu dirahsiakan kerana baginya bukan keputusan cemerlang sahaja layak dikongsi di laman sosial.

“Tak salahkan kalau tak ada 6A tapi letak kat Instagram sebab nanti ramai tanya… haaa senang!

“Tak ada nak dirahsiakan, yang best korang tahu dulu sebelum bapa dia tahu! Haha… bapa sibuk dekat padang golf.

“Tahniah anak korang bijak, anak kita tak berapa… tapi boleh la, sikit lagi nak gagal Bahasa Melayu” katanya.

 

Menerusi slip keputusan tersebut, anak ketiganya itu menerima keputusan 2A, 1B, 2C dan 1D.

Dalam pada itu, Shiera turut mengucapkan tahniah kepada pelajar lain yang berjaya menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

“Tahniah yang dapat 6A…. ibu penat berdoa dan menangis! 

“Kami pun penat menangis, tapi ikut mak slow learner… tak faham-faham apabila cikgu cakap! Terima kasih cikgu Sekolah Kebangsaan Taman Melawati,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata pengikut bersetuju dengan tindakan Shiera yang dilihat menghargai keputusan yang diperolehi oleh anaknya itu.

Ini termasuklah rakan artis yang turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan tersebut.

 

Pada Khamis, seramai 445, 641 calon UPSR di seluruh Malaysia mengambil keputusan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 di sekolah masing-masing.

Kredit: Mstar via Vanilla Daily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*